Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Wednesday, August 1, 2018

Pusingan FIM Endurance World Championship (FIM EWC) 2019 Bakal Dianjurkan Di Malaysia

[caption id="attachment_50668" align="aligncenter" width="1024"] Permulaan Suzuka 8-Hours - Sumber imej: fimewc.com[/caption]
  • Badan sukan permotoran antarabangsa, FIM, telah mengesahkan Malaysia sebagai tuan rumah pusingan baharu bagi siri perlumbaan Endurance World Championship (FIM EWC).
  • Perlumbaan 8 jam itu akan dianjurkan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 7 Disember 2019.
  • Pusingan di Malaysia juga akan digunakan sebagai pusingan kelayakan buat "part-timers" yang ingin menyertai pasukan tetap FIM EWC di Grand Finale Suzuka 8-Hours.
Semalam, kami telah membawakan berita tentang keputusan yang memberangsangkan Zaqhwan Zaidi dan pasukan Honda Asia-Dream Racing sewaktu perlumbaan ketahanan Suzuka 8-Hours pada hujung minggu lalu. Kali ini, FIM telah mengesahkan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sebagai salah sebuah litar perlumbaan FIM Endurance World Championship (FIM EWC) untuk tahun 2019 dan 2020. https://motomalaya.net/blog/2018/07/31/zaqhwan-zaidi-dan-honda-asia-dream-racing-team-raikan-p7-di-suzuka-8-hours-endurance/ Pengumuman ini telah dibuat sewaktu perlumbaan Suzuka 8-Hours, beserta dengan perubahan dalam program FIM EWC. Pusingan SIC akan digunakan sebagai acara kelayakan untuk acara Grand Finale di Suzuka, Jepun. Ia akan mengikut format yang sama seperti Suzuka 8-Hours, lengkap dengan acara "Superpole Top 10 Trial", dan akan berakhir pada waktu malam. Ini bermakna pasukan dari Asia yang ingin mengambil bahagian dalam perlumbaan di Suzuka perlu layak di pusingan SIC. Ianya bagi mencipta kesetaraan untuk pasukan tetap FIM EWC. Pasukan tetap dan yang dari Jepun akan dijemput ke SIC dan kosnya akan ditanggung oleh Eurosport Events. Selain itu, kami juga ada menyentuh tentang liputan perlumbaan. Di sini, Discovery Group akan menyediakan liputan televisyen acara perlumbaan ini bagi kelima-lima benua. Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang, Dato' Ahmad Razlan berkata, "Berdasarkan satu kaji selidik awam yang telah dijalankan SIC selama tiga bulan pada tahun lalu, kami berasa amat besar hati kerana siri perlumbaan FIM EWC ini telah dipilih warga Malaysia sebagai sebuah acara yang mereka ingin saksikan di SIC sebagai pengganti Formula One. Kami juga berasa amat gembira kerana Litar Antarabangsa Sepang akan menjadi pusingan kelayakan buat pasukan Asia dan Jepun untuk acara grand finale di Suzuka 8-Hours yang ikonik." [caption id="attachment_50679" align="aligncenter" width="5760"] Dato' Ahmad Razlan Razali sewaktu sidang akhbar - Sumber imej: fimewc.com[/caption] SIC baru sahaja menyiapkan projek lampu limpahnya, membolehkan acara perlumbaan malam diadakan. Dato' Ahmad Razlan juga telah memberi bayangan yang penunggang untuk pasukan SIC MotoGP 2019 akan mengambil bahagian dalam acara ini. https://motomalaya.net/blog/2018/07/06/sic-angel-nieto-team-dan-yamaha-bergabung-tenaga-membentuk-pasukan-untuk-motogp-musim-2019/ Ini adalah satu berita yang cukup mengujakan buat para peminat sukan permotoran di Malaysia. Sudah tiba masanya kita mempertandingkan bakat terbaik negara menentang dunia. Ia juga pasti bertambah menarik sekiranya ada pasukan Malaysian Superbike Championship mengambil bahagian dalam acara perlumbaan FIM Endurance World Championship yang berprestij ini. Pusingan FIM EWC Sepang akan berlangsung pada 7 Disember 2019.  

Read the original post at http://motomalaya.net

No comments:

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/