Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Wednesday, August 1, 2018

Ducati Red Weekend 3.0 Bakal Tiba 4 Dan 5 Ogos 2018

  • Pesta Ducati Red Weekend 3.0 bakal berlangsung di Ducati Petaling Jaya pada hujung minggu ini (4 dan 5 Ogos 2018).
  • Rebat dan tawaran hebat bagi model Ducati kegemaran anda boleh dimiliki beserta dengan pakaian dan barangan rasmi.
  • Turut disediakan pelbagai aktiviti menarik dan pertunjukan muzik buat seisi keluarga.
Pesta Ducati Red Weekend kali ketiga tahun ini akan berlangsung pada hujung minggu ini (4 - 5 Ogos 2018) dan ia menjanjikan satu hujung minggu yang dipenuhi pelbagai aktiviti yang menyeronokkan, di samping tawaran-tawaran yang menggiurkan. Ducati Red Weekend 3.0 yang akan dianjurkan oleh Next Bike Sdn. Bhd., akan berlangsung di Ducati Petaling Jaya (bersebelahan dengan Lebuhraya Persekutuan). Ke semua peminat dan penggemar jenama Ducati dialu-alukan untuk menyertai pesta hujung minggu ini, di mana rebat dan tawaran yang menakjubkan bagi model Ducati kegemaran anda akan disediakan. Tidak cukup dengan itu, tawaran yang menarik juga akan disediakan bagi pakaian dan juga barangan rasmi jenama tersebut, jadi, pastikan anda kosongkan jadual hujung minggu anda dan sertai mereka untuk keseronokan ini. Selain daripada pelbagai tawaran, rebat dan tidak lupa juga, jentera-jentera hebat Ducati yang ada di festival ini, ia juga akan diisi dengan pelbagai aktiviti ria untuk seisi keluarga, antaranya adalah persembahan muzik secara langsungm aktiviti sukaria, sesi tunggang uji, trak makanan, dan bermacam-macam lagi! Inilah masa terbaik untuk menghadiri acara Ducati Red Weekend kerana anda boleh menunggang uji motosikal terbaru mereka dalam pasaran Malaysia, iaitu varian Ducati Scrambler 1100 Special dan 1100 Sport. Jika anda menempah sebuah motosikal sewaktu Ducati Red Weekend ini, anda juga bakal memperoleh satu peluang eksklusif, pengalaman menunggang uji di sekitar Petaling Jaya, dipimpin oleh salah seorang jurulatih "Ducati Riding Experience" (DRE)! Jadi, tandakan kalendar anda untuk hujung minggu ini pada 4 dan 5 Ogos 2018 dan kunjungilah Ducati Petaling Jaya! Mana tahu, anda mungkin pulang sebagai pemilik model Ducati Panigale V4 2018! https://motomalaya.net/blog/2018/07/28/ducati-scrambler-1100-2018-telah-tiba-di-malaysia-dari-rm83000/  

Read the original post at http://motomalaya.net

No comments:

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/