Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Sunday, August 5, 2018

Brembo Melakukan Panggilan Semula Keselamatan Besar-Besaran Yang Kedua

[caption id="attachment_50840" align="aligncenter" width="1758"] Brembo - gambar sekadar hiasan[/caption]
  • Brembo telah mengeluarkan satu kenyataan berkenaan dengan panggilan semula keselamatan besar-besaran mereka yang kedua.
  • Didapati ada antara angkup brek belakang yang dijual di pasaran mungkin dilengkapi dengan pad brek yang rosak.
  • Pad brek tersebut adalah dari kumpulan #672 yang dibekalkan oleh pihak ketiga, Federal Mogul Italia.
Jenama sistem brek terkemuka dari Itali, Brembo, telah melaksanakan panggilan semula keselamatan besar-besaran kedua mereka setelah yang pertamanya telah berlaku pada bulan Januari tahun ini (2018). Kali kedua ini adalah selepas yang pertamanya yang disebabkan oleh kemungkinan retakan pada omboh 15mm atau 17mm dalam silinder utama radial PR16 antara tahun 2015 hingga 2017. https://motomalaya.net/blog/2018/01/09/brembo-keluarkan-kenyataan-rasmi-mengenai-panggilan-semula-silinder-utama-pr16/ Brembo menyatakan panggilan semula keselamatan tersebut melibatkan motosikal dari Aprilia, Ducati, Husqvarna, KTM, MV Agusta, TM Racing, Moto Morini, dan Horex. Panggilan semula tersebut hanya meliputi OEM yang dilengkapi dengan brek Brembo, jadi, jika anda mengemaskini sistem brek anda dengan Brembo, anda tidak terjejas dengannya. Namun, untuk panggilan semula keselamatan kali kedua ini, ia meliputi beberapa kelengkapan kit angkup brek belakang Brembo yang dijual di pasaran secara 'aftermarket'. Pengeluar tersebut telah mnemui kerosakan dengan satu kumpulan pad brek yang dibekalkan oleh Federal Mogul Italia. Kumpulan #672 adalah kumpulan yang terjejas dan nombornya boleh dilihat pada plet belakang pad brek. (Sila tekan pautan ini untuk mendapatkan maklumat bagaimana untuk memeriksa nombor kumpulan pad brek Brembo anda.) Pad brek berkenaan telah dijual beserta dengan angkup brek belakang sebagai alat ganti. Di bawah adalah senarai angkup telah dilengkapi dengan pad brek berkenaan. (TEKAN SINI untuk pautannya.) Tiada sebarang maklumat tambahan mengenai kesan yang mungkin terjadi akibat kerosakan ini, kecuali "ia mungkin mengkompromikan prestasi brek kenderaan, membawa risiko keselamatan buat penunggang." Jika anda terjejas akibat panggilan semula ini, pihak pengeluar menasihatkan anda untuk menghubungi pengedar rasmi tempatan, seperti mana yang disenarikan di bawah. Hodaka Motorworld adalah pengedar rasmi Brembo di Malaysia. Kerana panggilan ini berlaku pada hujung minggu, kami akan hubungi mereka pada hari Isnin, 6 Ogos untuk maklumat lanjut.

Pengedar

Country Company Contact
USA RACE TECHNOLOGIES jaime@racetechnologies.com mary@racetechnologies.com
Japan BREMBO JAPAN K.Futatsugi@brembo.jp
Germany, Greece, Czech Republic MOTORQUALITY SpA simonecolombo@motorquality.it
Taiwan FERRANNI janet@ferranni.com.tw
Singapore, Malaysia, Vietnam, Laos, Philippines HODAKA MOTOWORLD muji@motoworld.com.sg
Thailand RIDERS CLUB rider@riderclub.co.th
China, Hong Kong STARBIKE info@bg-performance.com
Spain V2 MOTORSPORT Marc_garcia@v2ml.com
UK MODE PERFORMANCE Marc_garcia@v2ml.com
Benelux HOCO PARTS bvanderveen@hocoparts.com
Australia GAS IMPORT DSharp@gasimports.com.au
France SEMC catherine.foltzer@semc.pro


Read the original post at http://motomalaya.net

No comments:

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/