Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Thursday, August 2, 2018

Anda Kini Boleh Berlumba Di Litar Antarabangsa Sepang Pada Waktu MALAM!

  • Litar Antarabangsa Sepang (SIC) telah mengambil satu langkah besar yang baharu dengan memasang lampu limpah bagi membolehkan acara perlumbaan diadakan di sebelah malam.
  • Era baharu untuk perlumbaan dan sesi litar sebelah malam telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad.
  • 64 buah tiang lampu telah dipasang dan mendapat kelulusan keselamatan dari kedua-dua badan sukan permotoran FIM dan FIA.
Perlumbaan dan sukan permotoran telah menjadi satu sumber kelangsungan hidup buat para penggemar permotoran dalam industri ini. Litar Antarabangsa Sepang merupakan tempat arah tuju muktamad bagi kebanyakan siri perlumbaan yang berbeza, dan kini, mereka telah mengangkat diri mereka ke satu aras yang lebih tinggi, menuju ke satu era yang baharu; perlumbaan malam! SIC telah mengambil inisiatif memasang lampu limpah di sekeliling litar bertaraf dunia ini, yang mana bakal menyaksikan satu zaman baharu perlumbaan, bagi bersaing dan menandingi litar-litar perlumbaan malam yang lain seperti Litar Antarabangsa Losail di Qatar dan yang lain-lain. 64 buah tiang lampu telah dipasang di posisi strategik di sekeliling litar dengan kuasa pencahayaan sehingga 150 "lux" yang akan amat membantu dalam perlumbaan dan sesi litar di sebelah malam. Kedudukan tiang-tiang lampu berkenaan telah pun dipersetujui oleh kedua-dua badan sukan permotoran FIM dan FIA, naman, kita tidak akan menyaksikan perlumbaan Formula 1 dan MotoGP pada sebelah malam buat waktu ini kerana ianya memerlukan jumlah bilangan "lux" yang lebih tinggi untuk tujuan penyiaran. Dari segi keselamatan ianya cukup sempurna sekali. Bagi merasmikan peristiwa bersejarah ini, Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, telah menjadi antara orang yang pertama mengelilingi litar sepanjang 5.543km ini di bawah limpahan lampu malam semalam. Dan tiada cara yang lebih bergaya untuk mengelilingi litar berbanding dengan sebuah kereta Ferrari warna merah yang seksi! Menurut Pengerusi SIC, Tan Sri Azman Yahya, "Ianya satu penghormatan bagi kami untuk mendapatkan Tun bagi merasmikan lampu limpah malam ini, hari ini. Tun Dr. Mahathir telah melancarkan SIC pada tahun 1999 dan ianya permulaan pembangunan sukan permotoran Malaysia sehingga ke hari ini. 19 tahun kemudiannya, Tun Dr. Mahathir telah kembali untuk merasmikan satu lagi tanda aras baharu di litar ikonik ini." Sejak beberapa tahun yang lalu, SIC telah memenuhkan jadual acara perlumbaan mereka pada kadar purata 98% dan mereka berharap untuk menyemarakkan lagi semangat dalam kancah ini dengan menganjurkan lebih banyak acara pada sebelah malam. Ini juga bermakna yang litar ini akan membuat lebih banyak keuntungan kerana lebih banyak masa litar akan ditawarkan di sebelah malam, yang mana kami rasa akan mendapat sambutan yang lebih hangat memandangkan cuaca yang panas dan lembap di Malaysia akhir-akhir ini. Tan Sri Azman juga telah menambah, " Kami mendapati satu-satunya peluang untuk menambah lagi tempahan litar adalah dengan membuka litar di sebelah malam, dan oleh kerana itu, kami telah memutuskan untuk menjadikannya satu kenyataan dengan memasang lampu limpah di sekeliling litar. Kami telah mendapatkan khidmat pakar yang mempunyai kepakaran dengan pencahayaan litar, di mana mereka bertanggungjawab atas pemasangan lampu limpah di Litar Yas Marina di Abu Dhabi, Litar Antarabangsa Losail di Qatar, Jukasa Speedway di Kanada, dan Litar Antarabangsa Bahrain. Mereka juga bertanggungjawab untuk pencahayaan di Stadium Nasional Bukit Jalil bagi Sea Games KL tahun lalu. Kami di MotoMalaya menyambut baik berita dan inisiatif mengujakan yang telah diambil SIC dan tidak sabar rasanya menantikan acara litar malam yang pertama untuk motosikal! Jika anda rasa yang perlumbaan di waktu siang menakjubkan, tunggu sahaja waktunya di mana anda dapat melihat ekzos menyembur api di sebelah malam! Sumber imej: SIC https://motomalaya.net/blog/2018/07/21/toc-automotive-college-meterai-kerjasama-dengan-litar-antarabangsa-sepang-sic/

Read the original post at http://motomalaya.net

No comments:

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/