Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Wednesday, July 18, 2018

Wakil Pengedar Rasmi Aprilia Di Malaysia Yang Baharu Diperkenalkan!

  • Piaggio Group dengan secara rasminya telah mengumumkan bahawa wakil pengedar rasmi Aprilia yang baharu di Malaysia adalah Didi Resources.
  • Bilik pameran Aprilia terbaru kini akan terletak di The Gasket Alley di Petaling Jaya, Selangor.
  • Jenama motosikal premium dari Itali tersebut kini akan bersama dengan sebuah lagi jenama terkemuka Piaggio, Moto Guzzi.
Perhatian buat semua pemilik Aprilia, lama dan baharu, Piaggio Group adalah satu pengumuman penting buat anda semua. Didi Resources Sdn. Bhd. telah dilantik sebagai wakil pengedar rasmi yang baharu bagi jenama Aprilia di Malaysia! Jenama motosikal premium keluaran Piaggio Group yang telah dikendalikan oleh Naza Premira Sdn. Bhd. sebelum ini akan diambil alih oleh Didi Resources Sdn. Bhd., dalam sebarang urusan berkaitan Aprilia bermula dari sekarang. Usaha dan sokongan berterusan Naza sejak tahun 2013 telah membantu mengangkat nama jenama tersebut ke aras yang tinggi, dan kini, Didi Resources berharap untuk meneruskan peningkatan tersebut ke aras yang lebih tinggi. Menurut Pengerusi dan Pengarah Urusan Piaggio Vietnam dan juga Naib Presiden Eksekutif Asia Pacific 2 Wheeler, Encik Gianluca Fiume, "Pelantikan Didi Resources adalah sebahagian daripada strategi perniagaan Piaggio bagi merumahkan jenama Aprilia dan Moto Guzzi di bawah satu entiti bagi memaksimakan kecekapan merentasi keseluruhan aspek perniagaan dan memperkukuhkan komitmen pelanggan di Malaysia." "Dengan Aprilia dan Moto Guzzi di bawah satu bumbung, kami mampu menawarkan tawaran yang lebih meluas kepada bakal pelanggan yang inginkan pengalaman motosikal Itali yang unik, didokong dengan prestasi lebih baik dan warisan yang ada pada jenama-jenama ini. Kami berharap dapat bekerjasama dengan lebih rapat bersama Didi Resources bagi mengangkat jenama Aprilia dan Moto Guzzi ke tahap yang lebih tinggi." Dengan ini, bilik pameran Aprilia yang baharu akan bertempat di The Gasket Alley di Petaling Jaya, Selangor. Bilik pameran yang baharu ini akan memperagakan rangkaian motosikal premium jenama ini seiringan dengan jenama Piaggio yang lain, Moto Guzzi. Ini juga akan dilengkapi dengan pusat perkhidmatan selepas jualan dan bengkel penyelenggaraan beserta sebuah pasukan berdedikasi yang dilatih Aprilia sendiri. Ini bagi memastikan para pengguna semasa dan baharu dapat menikmati peralihan yang lancar dari segi perkhidmatan pelanggan dan juga keseluruhan sistem sokongan penyelenggaraan. Apabila di tanya mengenai pelantikan baharu ini, Pengerusi Didi Resources, Encik Rewi Hamid Bugo berkata, "Kami berasa amat berbangga telah diberikan peluang ini untuk mengendalikan Aprilia, sebuah jenama berprestij Piaggio Group, bagi pasaran Malaysia. Ini melengkapkan lagi rangkaian Moto Guzzi, yang telah kami bawa sejak bulan Ogos 2017, dan melengkapkan rangkaian motosikal premium Itali di bawah nama Piaggio." "Melalui perolehan ini, Didi Resources berkomited dalam membangunkan jenama Aprilia dengan sokongan perkhidmatan selepas jualan yang berdedikasi, memperkasakan komuniti Aprilia dan memastikan hubungan yang berterusan dengan jenama ini dalam dunia 2 roda Malaysia yang amat berdaya saing," tambah Encik Rewi. Didi Resources secara rasminya telah mengambil alih tugas mengendalikan Aprilia di Malaysia bermula 1 Jun 2018. Teruskan bersama kami kerana akan ada pelbagai aktiviti dan kempen bersama pelanggan yang dirancang bagi meningkatkan lagi imej jenama tersebut ke aras yang tertinggi. Tahniah diucapkan kepada Didi Resources! [gallery columns="4" ids="49544,49558,49557,49556,49555,49554,49553,49566,49561,49562,49563,49560,49564,49565,49567,49545,49546,49552,49551,49550,49549,49548,49547,49559"]

Read the original post at http://motomalaya.net

No comments:

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/