Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Sunday, July 22, 2018

Triumph TR5 Trophy The Fonz Dilelong

[caption id="attachment_49820" align="aligncenter" width="1440"] Antara barisan pelakon "Happy Days" - sumber imej: www.thedrive.com[/caption]
  • Rancangan TV "Happy Days" menggambarkan kehidupan seharian warga Amerika Syarikat yang ideal pada tahun 60-an.
  • Salah satu watak yang paling diingati ramai adalah "The Fonz".
  • Dia sering kali dilihat bergaya di atas motosikal Triumph TR5 Trophy 1949 yang telah dilelong pada bulan lepas.
Sebelum muncul rancangan TV "That 70's Show" yang meraikan kehidupan generasi 'Baby Boomer', ada sebuah lagi rancangan yang bergelar "Happy Days" yang memperketengahkan zaman 'Swingin' 60s'. Pasti ada di antara anda yang cukup kenal dengan salah satu wataknya yang begitu dikenali ramai, iaitu Arthur Herbert Fonzarelli (lakonan Henry Winkler), atau lebih dikenali dengan nama gelaran "Fonzie", atau "The Fonz". https://youtu.be/6W6y7YhHdVE Montaj permulaan rancangan tersebut telah menyaksikan The Fonz segak bergaya di atas sebuah motosikal, dengan kata keramatnya, "Ayyyyyy". Watak-watak lain termasuklah "Richie Cunningham" yang dilakonkan oleh pengarah terkenal masa kini, Ron Howard. Fonzie dan motosikal Triumphnya itu cukup terkenal sekali sehingga melahirkan kit model. Motosikal yang dinaiki The Fonz itu adalah sebuah Triumph TR5 Trophy 1949, tidak jauh berbeza dengan model Bonneville tetapi lebih tertumpu pada tunggangan pelbagai bentuk muka bumi. Benar, sebelum model Trophy ini bertukar menjadi model Tourer. Ianya dikilangkan dari tahun 1949 hingga 1958, dijana oleh enjin berkembar selari OHV 498cc. [caption id="attachment_49821" align="aligncenter" width="640"] The Fonz di atas motosikal Triumph - Sumber imej : invaluable.com[/caption] Di mana The Fonz adalah aras terunggul kemachoan era 50an-60an dengan motosikalnya, Winkler sebaliknya tidak mahir menunggang motosikal. Oleh kerana itu, dia sering kali dirakam hanya bergaya di atas motosikal atau pun menunggangnya buat seketika; bunyi motosikal telah dimasukkan sewaktu babak dia tiba di kediaman Cunningham. Terdapat tiga buah motosikal yang digunakan untuk rancangan tersebut, namun Winkler lebih menggemari motosikal Triumph kerana ianya yang paling ringan (lebih mudah untuk diimbangi). Motosikal Triumph tersebut bukannya motosikal Trophy sebarangan, ianya telah dikhususkan oleh Bud Ekins. Bud merupakan pelakon lagak ngeri yang melakukan lompatan motosikal yang ikonik bagi pihak Steve McQueen, melepasi pagar kem tahanan perang menggunakan motosikal Triumph TR6, dalam filem The Great Escape. Ekins mengkhususkan TR5 Trophy The Fonz dengan kemasan warna perak, palang pemegang baharu, dan menanggalkan madgad hadapan. [caption id="attachment_49822" align="aligncenter" width="1200"] Triumph TR5 Trophy 1949 The Fonz – Sumber imej: www.mirror.co.uk[/caption] Motosikal tersebut merupakan sebahagian daripada lelongan 'Julien's Auction Hollywood Legends", di Planet Hollywood, Los Angeles, pada bulan lepas. Barangan-barangan lain termasuklah 'blaster' Han Solo dari filem Return of the Jedi, sut 'evil Superman' dari filem Superman III, sebuah motosikal Harley-Davidson Electra Glide 1969 milik pelakon Marlon Brando, dan sebuah motosikal Harley-Davidson Heritage Softail Classic, dan juga bermacam prop filem Hollywood berharga yang lain. Motosikal Triumph Fonzie dijangka mampu mendapat harga di antara $100,000 hingga $200,000. Ia telah berjaya mencapai harga $179,200.  

Read the original post at http://motomalaya.net

No comments:

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/