Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Friday, July 27, 2018

RCB Bekerjasama Dengan Petronas Sprinta Dan SIC Racing Team

  • Jenama aksesori motosikal terkemuka Malaysia, RCB, akan bekerjasama dengan Petronas Sprinta Racing dan SIC Racing Team.
  • Perjanjian ini bakal menjadikan RCB sebagai rakan kerja teknikal untuk baki musim 2018.
  • RCB lebih dikenali di kalangan komuniti penunggang motosikal dengan nama Racing Boy.
RCB, yang senantiasa bergerak aktif dalam penajaan pasukan dan penunggang dalam sukan permotoran, telah memeterai perjanjian dengan Petronas Sprinta Racing sebagai rakan kerja teknikal untuk baki musim 2018, seperti mana yang telah dilaporkan oleh laman sesawang SIC Racing Team. Kebanyakan penunggang di Malaysia sudah pasti cukup kenal dengan jenama "RCB", yang mana lebih popular dengan nama "Racing Boy". RCB merupakan pengeluar aksesori motosikal tempatan yang mempunyai katalog lengkap diisi dengan pelbagai kelengkapan motosikal yang berwarna menarik sekali, dari tuil tangan beranod, hinggalah ke roda aloi dan alat ganti brek seperti cakera brek dan angkup, ke kelengkapan elektronik seperti gugusan instrumen LCD. Anda juga mungkin pernah ternampak logo RCB pada jentera Yamaha YZR-M1 tunggangan Valentino Rossi dan Maverick ViƱales. https://motomalaya.net/blog/2018/02/14/racing-boy-perkenalkan-race-ready-collection-2018-bagi-motosikal-150cc/ RCB telah senantiasa bergerak aktif dalam penajaan pasukan dan penunggang dalam sukan permotoran dan mereka telah menandatangani perjanjian dengan Petronas Sprinta Racing sebagai rakan kerja teknikal untuk baki musim 2018, seperti mana yang telah dilaporkan oleh laman sesawang SIC Racing Team. Pasukan Petronas Sprinta Racing Team sedang bertanding dalam kejohanan dunia Moto3, dibarisi oleh penunggang Malaysia, Adam Norrodin, dan Juara Asia Talent Cup, Ayumu Sasaki dari Jepun. https://motomalaya.net/blog/2018/02/15/moto3-petronas-sprinta-racing-moto3-sudah-bersedia-bagi-musim-2018/ Kerjasama dengan RCB ini juga dibawa ke pasukan SIC Racing Team di Moto2, yang dibarisi oleh penunggang Finland, Niki Tuuli, sebagai penunggang tunggal mereka. https://motomalaya.net/blog/2018/05/15/penunggang-moto2-baru-pasukan-sic-racing-team-niki-tuuli/ "Ianya penting untuk ada RCB sebagai pembekal Teknikal bagi pasukan kami kerana sebagai sebuah pasukan, kami sentiasa mencari kelengkapan teknikal bagi mempertingkatkan prestasi kami. Kerjasama ini telah membolehkan kami untuk memanfaatkan sepenuhnya kajian dan pembangunan RCB bagi membangunkan beberapa buah komponen penting untuk jentera Moto3 dan Moto2 kami," ujar Johan Stigefel, Pengurus Pasukan untuk kedua-dua pasukan. Ketua Pegawai Eksekutif RCB, Bruce Lee, berkata, " Ahli pasukan Petronas Sprinta Racing Team adalah warga professional yang berdedikasi pada perlumbaan motosikal. Atas sebab ini, RCB berasa cukup gembira untuk menjadi sebahagian daripada projek pasukan ini. Dengan kerjasama ini, kami percaya, falsafah kedua-dua belah pihak cocok sekali dari segi kesungguhan, inovasi, dan etika kerja. Kami berasa amat yakin yang kerjasama baharu ini akan membantu kami mencapai kegemilangan bersama. Kami percaya kedua-dua belah pihak akan mendapat manfaat dari kerjasama ini dan tidak sabar untuk mencapai keputusan yang hebat bersama.  

Read the original post at http://motomalaya.net

No comments:

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/