Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Tuesday, July 17, 2018

Naza Premira Keluarkan Kenyataan Rasmi Mengenai Aprilia

  • Naza Premira Sdn. Bhd. telah mengeluarkan satu kenyataan rasmi mengenai status pengedar mereka untuk jenama Aprilia di Malaysia.
  • Setelah mencapai kata sepakat dengan Piaggio Group, mereka telah memutuskan untuk menarik diri sebagai pengedar rasmi jenama tersebut bermula 31 Julai 2018.
  • Naza Premira Sdn. Bhd. akan terus mewakili jenama Piaggio dan Vespa di Malaysia.
Agak lama masa telah berlalu sejak kita mendengar berita mengenai Aprilia dan keberadaannya di Malaysia. Malah, acara besar terakhir yang telah dianjurkan mereka adalah pelancaran rasmi model Aprilia RSV4 RF 2017 dan Tuono 1100 V4, yang telah dianjurkan pada tahun lalu bersempena dengan pusingan MotoGP "Shell Malaysia Motorcycle Grand Prix". Semenjak itu, jenama tersebut agak senyap dan ada desas desus yang telah tersebar mengenai status dan nasibnya di Malaysia. Awal hari ini, Naza Premira Sdn. Bhd. telah mengeluarkan satu kenyataan rasmi mengenai status pengedar Aprilia mereka dalam Malaysia, yang mana dapat dibaca di bawah. KENYATAAN AKHBAR KUALA LUMPUR, 17 Julai 2018 - Naza Premira Sdn. Bhd. telah mengumumkan yang mereka akan menghentikan operasi pengedaran Aprilia mereka bermula 31 Julai 2018 setelah mencapai kata sepakat dengan Syarikat. Keputusan ini adalah hasil pelan rasionalisasi jenama di bawah strategi korporat keseluruhan Naza Group bagi memastikan kelestarian dan kadar keuntungan jangka panjang jenama 2 roda dan 4 roda mereka yang lain, seiring dengan permintaan semasa pasaran. Naza Premira Sdn. Bhd. akan terus memberi perkhidmatan kepada pengguna Aprilia dalam segi selepas jualan, alat ganti dan waranti sehingga 30 September 2018. Berikutan pengumuman ini, Naza Premira Sdn. Bhd. akan terus mewakili jenama Piaggio dan Vespa di Malaysia. Untuk sebarang pertanyaan, sila hantarkan emel kepada infopremira@naza.com.my atau hubungi talian Naza Premira di +603-7953 2877. Seperti yang anda sedia maklum, Naza merupakan wakil pengedar rasmi jenama Aprilia sejak tahun 2013. Usaha jangka panjang dan sokongan berterusan mereka untuk jenama ini telah membuahkan kejayaan buat Aprilia, dan mendapat ikutan yang tegar dengan jentera mereka yang mana merupakan antara yang terbaik di dunia, sama ada skuter SR Max 300, hinggalah ke motosikal RSV4 RF mereka. Jadi kini, cuma tinggal satu persoalan sahaja. Siapakah yang bakal menggantikan mereka sebagai wakil pengedar rasmi di Malaysia, dan bilakah ianya akan diumumkan? Teruskan setia bersama kami di MotoMalaya untuk perkembangan selanjutnya. https://motomalaya.net/blog/2018/06/10/motogp-andrea-iannone-sah-berpindah-ke-aprilia/

Read the original post at http://motomalaya.net

No comments:

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/