Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Friday, July 13, 2018

Juruteknik Superbike Bertauliah Kini Semakin Diperlukan!

  • Dengan binaan motosikal masa kini yang semakin rumit, keperluan untuk juruteknik yang lebih pakar amat diperlukan.
  • Lebih rama pemilik yang menghantar motosikal mereka ke bengkel rasmi oleh kerana kerumitannya.
  • TOC Automotive College menawarkan Kursus Juruteknik Superbike yang memenuhi matlamat tersebut.
Percaya atau tidak, salah satu cabaran terbesar dalam pemilikan jentera superbike di Malaysia - dan barangkali di seluruh dunia - setelah memiliki motosikal impian anda itu, adalah mencari tempat untuk menyelenggaranya dengan betul.Industri permotosikalan tiada bezanya dengan industri kereta dari segi pembaikpulihan dan penyelenggaraan, dengan ramai pemilik sama ada membawa kenderaan kesayangan mereka ke wakil rasmi, atau ke bengkel, dan dengan ini, mekanik, yang mereka percayai bertahun-tahun lamanya. Dan dengan kancah permotosikalan negara yang telah berkembang pesat sejak beberapa tahun lalu beserta kehadiran pelbagai motosikal superbike yang baharu dari berbilang pengeluar yang diperkenalkan bersilih-ganti dengan pantas, kita semakin memerlukan ramai mekanik motosikal superbike yang berkemahiran dan bertauliah. Sila tekan pautan di bawah untuk mengetahui mengapa kita perlu ada juruteknik bertauliah yang mengendalikan motosikal kesayangan kita. https://motomalaya.net/blog/2018/06/22/mengapa-ianya-penting-untuk-memastikan-motosikal-anda-diselenggara-oleh-juruteknik-bertauliah/ Dan secara lebih peribadi lagi, kita semua pada ada seorang mekanik superbike kegemaran yang kita anggap sebagai kawan dan sering kali mengesyorkannya kepada teman penunggang sekiranya mereka ada sebarang masalah, bukan? Tidakkah ianya lebih meyakinkan lagi jika mekanik itu adalah diri anda sendiri? Dan dengan pasaran yang semakin pesat membangun dan tidak menunjukkan tanda-tanda akan perlahan, inilah masa terbaik untuk menjadi sebahagian daripadanya. TOC telah membangunkan sebuah kursus "Superbike Technician Course" (SBC) bagi membantu membangunkan lagi industri yang sedang berkembang pesat itu. Kursus SBC TOC ini terdiri daripada tiga tahap akademik dan pembangunan kerjaya, dan syarat kelayakannya adalah lulus Tingkatan 3 untuk memohon menyertai kursus 18 bulan ini, yang mana ianya juga meliputi latihan kerja praktikal bersama rakan industri TOC. Tahap-tahapnya terdiri daripada: Tahap 1:
  • Keselamatan bengkel motosikal.
  • Aplikasi pengajian berkaitan.
  • Kerja besi asas dan pengenalan kepada teknologi motosikal.
  • Sistem penjana kuasa (enjin).
  • Membaiki dan penyelenggaraan sistem bahanapi dan pencucuhan motosikal.
  • Latihan Industri Terkawal-selia (SIT 1).
Tahap 2:
  • Membaiki dan Menyelenggara sistem enjin motosikal.
  • Sistem transmisi kuasa.
  • Casis - stereng dan sistem suspensi.
  • Casis - sistem pembrekan.
  • Penyelenggaraan motosikal.
  • Latihan Industri Terkawal-selia (SIT 2).
Tahap 3:
  • Sistem elektrikal motosikal
  • Ujian Kebolehpanduan dan Prestasi.
  • Membaikpulih sistem transmisi.
  • Membaikpulih enjin.
  • Program elektif bagi jenama motosikal terpilih.
  • Latihan Industri Terkawal-selia (SIT 3).
Selain itu, sebaik sahaja tamat kursus tiga tahap ini, peluang kerjaya terbuka dalam lapangan industri pengeluaran motosikal, kilang pemasangan motosikal, kedai alat ganti motosikal, wakil pengedar motosikal, bengkel penyelenggaraan dan membaiki motosikal. atau, anda boleh membuka bengkel penyelenggaraan motosikal anda sendiri. Berminat? rujuk pada carta-alir di bawah bagi melihat proses dari permulaan perjalanan anda untuk menjadi Juruteknik Superbike Bertauliah dengan TOC! Proses SBC TOC: Kos SBC TOC: TOC juga turut menyediakan "pinjaman pendidikan 100%" bagi mereka yang mengikuti kursus SBC, yang mana anda boleh mengetahui dengan lebih lanjut di https://www.toc.edu.my/toc-bina-bakat-program/, atau, hantarkan emel ke info@toc.edu.my. Jadi, tunggu apa lagi? Jika impian anda adalah untuk menyertai industri perkhidmatan motosikal, atau pun anda ingin membuka bengkel anda sendiri, ini adalah platform yang paling sesuai untuk memulakan perjalanan anda mencapai impian tersebut. Jangan tunggu lagi, dapatkan maklumat selanjutnya mengenai kursus "Superbike Technician Course" TOC ini di www.toc.edu.my, atau hubungi talian (+603) 7960 8833. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai "Superbike Technician Course" TOC, TEKAN SINI.  

Read the original post at http://motomalaya.net

No comments:

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/