Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Saturday, July 28, 2018

Honda Merumahkan Enjin CBR1000RR SP Di Dalam Sebuah Mesin Rumput!

  • Honda memegang rekod bagi Mesin Rumput Terpantas Dunia baru-baru ini.
  • Namun, ianya telah diatasi oleh sekumpulan warga Norway.
  • Honda UK membalas semula dengan jentera kedua yang dijana oleh enjin CBR1000RR SP.
Kami di MotoMalaya selalunya meliputi sebarang berita dua roda, dan akhir-akhir ini, empat roda. Namun, kenderaan empat roda kali ini lain daripada yang lain. Kali ini, ianya sebuah mesin rumput. Benar, sebuah mesin rumput yang anda boleh pandu. Honda telah membina sebuah jentera yang diberi nama "Mean Mower" satu ketika yang lalu, yang mana ia mampu mencecah kelajuan sehingga 185km/j, dan dengan itu, mendapat gelaran "World's Fastest Mower". Ia membawa satu keseronokan buat pengeluar dari Jepun tersebut. https://youtu.be/DFo7ztlMlmg Sehinggalah ada sekumpulan warga Norway yang lebih gila-gila merumahkan sebuah enjin GM LS1 V8 blok kecil (sebuah enjin 5.7 liter dianggap "kecil" buat orang Amerika Syarikat) pada sebuah mesin rumput Viking T6, dan ia mencecah kelajuan 215km/j. https://youtu.be/F55LUTbnlMs Dan di sini, Honda mula tidak berpuas hati kerana terpaksa melepaskan gelaran yang mereka pegang sebelum ini. Dengan semangat membara Honda UK telah membina "Mean Mower V2", bagi merampas semula gelaran yang satu ketika dahulu milik mereka - mesin rumput terpantas dunia. Mereka bermula dengan mengambil sebuah mesin rumput Honda HF2622, membina khusus casisnya, bagi mengurangkan berat dan memanfaatkan kuasa baharu mesin rumput itu.Ekzos sistem penuh titanium Scorpion telah digunakan. ECU, klac, dan transmisi telah dipindah secara standard dari sebuah enjin derma. Keempat-empat roda dipacu oleh rantai. Dan ya, enjinnya datang dari motosikal CBR1000RR SP, lengkap dengan 189bhp dan 115Nm tork, menggerakkan mesin rumput ini dari 0 - 60bsj di bawah 3 saat. Dan menariknya, jentera ini masih lagi mampu memotong rumput pada kelajuan maksimum 80km/j. Terdapat dua buah motor elektrik yang memutar bilah karbon fiber di bawahnya. Mean Mower V2 ini telah berlumba di Goodwood Festival of Speed Kali Ke-25 yang telah berlangsung baru-baru ini. Ia bertanding dalam acara "Hill Climb". https://youtu.be/fmwqn4Xvlso Dan sebelum itu, ia memotong rumput di laman "the Duke". https://youtu.be/3kg1KRcdHOA

Read the original post at http://motomalaya.net

No comments:

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/