Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Tuesday, July 17, 2018

Festival Ram Jam 2018 Menggegarkan Hujung Minggu

  • Festival Ram Jam 2018 yang pertama telah berlangsung pada hari Ahad yang lalu (15 Jun 2018) di The Gasket Alley, Petaling Jaya.
  • Tarikan utama pada acara ini adalah Museumoto, Miss Bombshell, muzik, makanan, dan bermacam-macam lagi.
  • Ribuan pengunjung telah menghadiri acara ini di mana ia diakhiri dengan persembahan muzik dan juga tayangan khas perlawanan akhir Piala Dunia Fifa.
Festival Ram Jam 2018 yang pertama kali diadakan telah berjalan dengan jayanya pada hujung minggu lalu di The Gasket Alley Petaling Jaya, Selangor. Ribuan pengunjung telah membanjiri tapak acara tersebut di mana himpunan karya seni, muzik, kereta serta motosikal klasik, den juga fesyen berkumpul bagi acara ini. Kami bernasib baik dapat menyertai acara berprestij ini di mana ianya bukan sahaja menarik minat golongan muda ke arah gaya hidup berkisarkan kepada pengeluar motosikal terkemuka seperti Moto Guzzi dan Harley-Davidson, tetapi juga menyoroti bagaimana ianya bermula dengan memperagakan sejarah masa lalu, semasa dan masa depan gaya hidup permotoran. Ini pilihan kami sebab mengapa Festival Ram Jam 2018 ini cukup hebat sekali.

1) Koleksi motosikal klasik Museumoto oleh Tiga Moto

Tiba sahaja di tapak acara anda pasti perasan akan aura klasik yang ada di The Gasket Alley, dengan himpunan motosikal dan kereta klasik, dan hiasan vintaj beserta gadis-gadis cantik yang mengambil bahagian dalam pertandingan "Miss Bombshell", namun, ianya lebih menakjubkan sebaik sahaja anda memasuki koridor utama bangunannya. Pemandangannya cukup mengagumkan di mana di sekeliling kami lebih kurang dua dozen motosikal klasik dari era dan zaman berbeza disusun di sepanjang sisi laluan di antara kedai-kedai yang ada di dalamnya. Diselia oleh Tiga Moto (salah satu residen utama The Gasket Alley), koleksi yang dipamerkan cukup menggiurkan sekali. Dengan cogan kata "Honour the Past, Celebrate the Present", Tiga Moto dengan jayanya mempamerkan antara motosikal paling jarang dan terbaik yang ada di tanah air kita dan ianya satu pemandangan yang mengagumkan buat kami dan mereka yang menghadiri Festival Ram Jam ini. Para pengunjung menjamu mata dengan model seperti Norton Atlas Dunstall 750, Kawasaki GPz Turbo (atau juga dikenali sebagai ZX750E), dan juga beberapa buah motosikal Suzuki Katan yang menggiurkan. Setiap jentera ada cerita mereka sendiri dan ia menjadi semakin menarik semakin jauh anda melewati laluan itu. Kami juga berpeluang melihat sendiri jentera vintaj seperti Triumph 3HW 1933 milik selebriti Wak Doyok, Harley-Davidson WLA, dan beberapa buah Ducati yang anda perlu lihat sendiri untuk percaya. Antaranya adalah model Desmo 851, 916 Senna, dan juga sebuah Paul Smart 1000 LE. Selain Suzuki Katana, motosikal Jepun yang ada dipamerkan adalah Yamaha TZR250, Yamaha RZV500R, Kawasaki Z1, atau dikenali sebagai "Zephyr", dan juga lain-lain. Ianya tarikan utama Festival Ram Jam 2018 ini dan berdasarkan sambutannya, Tiga Moto akan meneruskan inisiatif Museumoto mereka ini sebagai acara tahunan dan kami tidak sabar untuk yang berikutnya!

2) Fesyen dari segenap lapisan masyarakat!

Dari rangkaian pakaian hinggalah ke produk penjagaan, terdapat begitu banyak yang ada di Festival Ram Jam 2018 ini. Gadis-gadis menawan yang berbusana lewat 1940an dan 50an sedia menyambut ketibaan para pengunjung. Sewaktu anda melawat kedai Moto Guzzi dan meneliti jentera-jentera hebat mereka, anda pasti akan terlihat peragaan dari Suzzy Helmets yang mempamerkan hasil kerja tangan terbaik pernah kami lihat dari bakat tempatan yang belajar sendiri pada helmet yang telah mereka khususkan. Pelbagai helmet buatan khas telah dipamerkan, dan ianya merupakan hasil kerja tangan Shahid al-Warith, yang juga dikenali sebagai Kecik. Bermula sebagai hobi, Kecik menghasilkan pelbagai ciptaan yang menarik untuk dipadankan dengan sebarang motosikal klasik atau buatan khas. Selain itu, terdapat pelbagai pameran yang telah diadakan, antaranya oleh MuthaPuaka, pameran seni fotografi Brian Ong, Electric Dream Tattoo Collective, dan yang lain-lain.

3) Manjakan kulit anda dengan produk penjagaan kulit Kiehl!

Semakin jauh kami memasuki The Gasket Alley, kami tertarik dengan kedai Stronghold Cycles, di mana ianya cukup meriah sekali. Selain daripada pelbagai pakaian motosikal yang dipamerkan, Kiehl Malaysia turut mengambil peluang ini memperagakan produk penjagaan kulit mereka untuk lelaki dan wanita. Rangkaian produk penjagaan kulit mereka yang luas, beserta dengan pakar mereka memberikan khidmat nasihat produk dan penjagaan kulit yang betul telah tersedia buat para pengunjung. Bagi memeriahkan lagi suasana, satu permainan dart yang mudah diadakan bagi memberi hadiah produk Kiehl telah diadakan!

4) Tunjuk bakat seni anda dengan Dirt Army!

Bagi mereka yang memiliki bakat seni boleh mempamerkan kebolehan mereka di beberapa buah bengkel. Salah satu daripadanya adalah bengkel kasut 'sneaker' buatan khas Ram Your Kicks DIY, di mana pengunjung menghasilkan karya seni berkanvaskan kasut Vans.

5) Tiket MotoGP Percuma dari Shell Malaysia!

Shell Malaysia turut hadir bagi mempromosikan perlumbaan Shell Malaysia Motorcycle Grand Prix yang akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dari 2 hingga 4 November 2018. Pengunjung Festival Ram Jam 2018 berpeluang memenangi tiket MotoGP dengan hanya mengikuti beberapa langkah yang mudah. Seperti yang anda semua ketahui, pusingan MotoGP Malaysia tahun ini bakal menjadi lebih hangat lagi. Dengan para penunggang dari Yamaha, Honda, dan Ducati bersaing sengit merebut kejuaraan dunia, dan juga pelumba negara, Hafizh Syahrin sedang merebut gelaran "2018 MotoGP Rookie of the Year". Jika anda teringin menyaksikan perlumbaan ini secara langsung, inilah tahun yang terbaik! [caption id="attachment_49694" align="aligncenter" width="1200"] Sumber imej: MotoGP[/caption]

6) Hangatkan suasana dengan Miss Bombshell 2018

Bagi mereka yang mengunjungi The Gasket Alley pada hari tersebut sudah pasti perasan akan kehadiran gadis-gadis jelita berpakaian ala 40-an, 50-an, mahu pun 60-an. Mereka bukan sekadar untuk memeriahkan suasana tetapi merupakan peserta pertandingan 'pin-up girl' yang pertama di Malaysia, Miss Bombshell 2018. Gabungan gadis-gadis menawan di samping kenderaan-kenderaan yang menggiurkan bagaikan pasangan yang cocok sekali. Pertandingan itu berlangsung hingga larut malam di mana para peserta memperagakan pakaian mereka yang paling menawan untuk memenangi gelaran Miss Bombshell 2018 dan hadiah wang tunai berjumlah RM8,000!

7) Muzik!

Acara ini pasti tidak lengkap tanpa hiburan muzik, dan persembahannya cukup menyeronokkan! Bertempat di Gastro Alley yang dipenuhi dengan trak makanan terbaik di Lembah Klang dan juga 'skate ramp' yang dipenuhi dengan pemain papan luncur, pengunjung telah dihiburkan dengan muzik yang hebat. Persembahan oleh kugiran seperti Golden Mammoth, Ryot Jones, dan beberapa lagi kugiran lain memeriahkan suasana dan kemuncaknya, rapper terkenal negara, Zamaera mengakhiri persembahan dengan jayanya sebelum acara beralih ke pertandingan Miss Bombshell dan tayangan langsung perlawanan akhir Piala Dunia. Keseluruhannya, Festival Ram Jam 2018 yang julung kali ini berakhir dengan jayanya. Dan berdasarkan sambutan kali ini, kami tidak terkejut sekiranya yang berikutnya lebih besar dan gempak lagi. Ianya satu hari yang cukup menyeronokkan buat pengunjung dan seisi keluarga. [gallery columns="4" ids="49568,49569,49570,49572,49574,49575,49576,49577,49578,49579,49580,49581,49582,49583,49584,49585,49586,49587,49588,49589,49590,49591,49592,49593,49594,49595,49596,49597,49598,49599,49600,49601,49602,49603,49604,49605,49606,49607,49608,49609,49610,49611,49612,49613,49614,49615,49616,49617,49618,49619,49620,49621,49622,49623,49624,49625,49626,49627,49628,49629,49630,49636,49637,49638,49639,49640,49641,49642,49643,49644,49645,49646,49647,49648,49649,49650,49651,49652,49653,49654,49655,49656,49657,49659,49660,49661,49662,49663,49664,49665,49666,49667,49668,49669,49670,49671,49672,49673,49674,49675,49676,49677,49678,49679,49680,49681,49682,49683,49684,49685,49686,49687,49688,49689,49690,49691"]  

Read the original post at http://motomalaya.net

No comments:

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/