Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Tuesday, July 3, 2018

Adakah Enjin Tiga Silinder 765cc Triumph Akan Menjadikan Moto2 Lebih Menarik Pada Tahun 2019?

  • Pada minggu lalu, tiga penunggang dalam kejohanan Moto2 telah berada di litar Aragon bagi menguji casis mereka dengan enjin tiga silinder, 765cc Triumph.
  • Kalex, NTS, dan KTM ke semuanya telah melaporkan keputusan yang positif dimana mereka mencatat masa pusingan yang hampir serupa dengan catatan masa kejohanan 2018 semasa selepas hanya ujian dua hari.
  • Tahun 2019 bakal menyaksikan perubahan terbesar bagi kelas pertengahan Moto2 dengan enjin serta pakej elektroniknya yang baharu.
Separuh pertama tahun ini telah pun berlalu dan dengan segala aksi dan drama yang dipamerkan oleh para penunggang Moto3, Moto2, dan MotoGP, musim 2019 akan menyusul tiba tidak lama lagi. Kehadiran musim baharu itu bakal membawa perubahan yang paling besar kepada kelas pertengahan dengan penggunaan enjin tiga silinder serba baharu dari Triumph. Para pasukan utama dalam kejohanan Moto2 telah mula menjalankan ujian bagi enjin tiga silinder 765cc baharu yang akan digunakan pada musim hadapan. Pengujian dan pembangunan perlu dimulakan dengan lebih awal bagi mencari reka bentuk casis yang sempurna untuk disuaikan dengan perwatakan kuasa dan tork tersendiri enjin berkenaan. https://youtu.be/IiW3hRj6qYY Pada minggu lalu, tiga pesaing Moto2 yang berbeza telah berada di litar Aragon untuk bukan sahaja mempelajari apa yang mereka mampu mengenai penjana kuasa yang baharu itu, tetapi juga untuk menyelaraskan pakej elektronik yang akan mereka gunakan. Kalex, NTS, dan KTM telah dilihat menguji jentera perlumbaan mereka di samping motosikal ujian Triumph yang menggunakan kerangka Daytona 675 mereka yang telah dihentikan pengeluarannya. Kalex telah memilih Alex Marquez dan Jesko Raffin bagi menguji casis dan enjin baharu mereka, di mana KTM pula menggunakan khidmat Julian Simon dan Ricky Cardus. NTS pula menggunakan khidmat Alex de Angelis dan setelah ujian selama dua hari, mereka berjaya mencatat masa pusingan yang hampir sama seperti pendahulu semasa dalam kejohanan 2018. Berdasarkan keputusan ini, kejohanan Moto2 2019 sudah pasti akan lebih pantas, lebih hebat, serta mengujakan dengan keputusan positif yang telah dikecapi di litar Aragon. Persoalannya kini, adakah Triumph bakal muncul dengan model Triumph Daytona 765 serba baharu bersempena dengan penglibatan mereka dalam Moto2? Teruskan setia bersama kami di MotoMalaya untuk perkembangan seterusnya! https://motomalaya.net/blog/2017/09/11/prototaip-enjin-triumph-untuk-moto2-dipersembahkan-untuk-pengujian/

Read the original post at http://motomalaya.net

No comments:

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/