Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Friday, July 20, 2018

12 Buah Motosikal Ducati Panigale V4 S Kemasan Grafik Perlumbaan Akan Dilelong!

  • 12 buah motosikal Ducati Panigale V4 S dengan kemasan grafik perlumbaan akan dilelong bersempena dengan World Ducati Week 2018.
  • Jentera-jentera perlumbaan ini telah direka khusus untuk para penunggang Ducati yang ada dalam MotoGP dan WorldSBK.
  • Para penunggang berkenaan akan bertanding dalam perlumbaan "Race of Champions" esok sebelum motosikal-motosikal tersebut dilelong dalam eBay.
Ada banyak yang boleh diperkatakan tentang kehebatan model Ducati Panigale V4 generasi terkini. Apa yang pasti, kami AMAT MENYUKAINYA. Jadi, apakah rancangan Ducati bagi menjadikan motosikal superbike V4 keluaran penuh mereka yang pertama ini lebih istimewa? Dengan menghasilkan 12 buah edisi khas! https://youtu.be/LETfCEmR_bo Pesta World Ducati Week 2018 (WDW2018) akan berlangsung pada hujung minggu ini dan salah satu tarikan utama acara ini adalah perlumbaan "Race of Champions". 12 orang penunggang Ducati dari siri perlumbaan MotoGP dan WorldSBK akan bertanding sesama mereka di Misano di atas 12 jentera Ducati V4 S yang dilengkapi dengan kemasan grafik perlumbaan khas mereka sendiri.   Para penunggang Ducati terdiri daripada Andrea Dovizioso, Jorge Lorenzo, Michelle Pirro, Jack Miller, Danilo Petrucci, Tito Rabat, Karel Abraham, Troy Bayliss, Chaz Davies, Marco Melandri, Xavi Fores, dan Michael Rinaldi. "Race of Champions" akan berlangsung pada hari Sabtu ini dan selepas itu, jentera-jentera ini akan dilelong dalam eBay! 12 buah jentera edisi khas yang telah disediakan khas untuk perlumbaan, dan dikemudi oleh para penunggang hebat Ducati. Jika wang bukan halangan untuk anda, sudah pasti ianya menjadi satu kebanggaan dan kemegahan untuk memiliki satu (atau dua, atau lebih) daripada 12 jentera superbike yang teramat bernilai dan hebat yang pernah ditunggang oleh penunggang Ducati. Persoalannya kini, yang mana satu pilihan hati? [gallery ids="49762,49759,49753,49763,49760,49754,49758,49755,49761,49757,49756,49752"] https://motomalaya.net/blog/2018/07/16/hebat-sangat-ke-ducati-panigale-v4/  

Read the original post at http://motomalaya.net

No comments:

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/