Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Saturday, June 23, 2018

Warna Baharu Bagi Ducati Supersport!

 
  • Ducati telah memperkenalkan skema warna baharu bagi rangkaian Supersport.
  • Versi standard akan hadir dengan warna Titanium Grey baharu.
  • Versi S pula akan tetap dijual dalam warna Ducati Red dan Star White Silk.
Motosikal Supersport Ducati paling hangat bakal hadir dengan skema warna yang baharu! (Sila tekan pautan di bawah bagi membaca previu kami sewaktu model Supersport ini dilancarkan.) https://motomalaya.net/blog/2017/10/23/ducati-900-supersport-2017-10-perkara-anda-perlu-tahu/ Barangkali dalam usaha untuk membezakan antara varian standard Supersport dengan versi Supersport S yang berspesifikasi tinggi, versi Supersport standard tidak lagi akan disediakan dalam warna Ducati Red. Di tempatnya adalah skema warna Titanium Grey dengan roda dan kerangka berwarna merah (yang sebelum ini berwarna hitam). kema warna baharu ini mengimbau kembali kepada model 916 Senna yang muncul pada pertengahan tahun 90-an. Mengikut laman sesawang yang menyiarkan berita ini, pengeluarnya telah mengatakan bahawa pelitup pelana belakangnya juga boleh didapati dalam warma Titanium Grey. Warna baharu ini juga akan disediakan untuk sisipan plastik bagi 'pannier'. Versi standard datang dengan fork Marzocchi boleh laras sepenuhnya 43mm dan sebuah fork Sach. Para pemilik boleh menambah sebarang aksesori seperti Ducati Quick Shift pada kemudian waktunya. Bagi versi S pula, skema warna semasa Ducati Red dan Star White Silk akan dikekalkan. Ciri-ciri standard seperi fork boleh laras sepenuhnya 48mm Öhlins dengan tiub gelongsor saduran TiN, monoshock boleh laras sepenuhnya Öhlins dengan 'remote reservoir', quickshifter, dan pelitup pelana pembonceng. Enjinnya kekal sama, V-Twin (yang Ducati gelar sebagai "L-Twin") 90 darjah, Testastretta 11 darjah, 937cc, yang mampu menghasikan sehingga 110hp pada 9,000rpm dan 93.2Nm tork pada 6,500rpm. Harganya juga kekal sama.  

Read the original post at http://motomalaya.net

No comments:

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/