Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Thursday, June 7, 2018

VPCM Umumkan Harga Perkhidmatan 0% GST Dan 10 Unit Eksklusif Model Volkswagen Golf R 3 Pintu Dibuka Untuk Tempahan!

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah mengumumkan bahawa model Golf R 3 pintu yang istimewa kini dibuka untuk tempahan. Model Golf R tiga pintu yang amat eksklusif ini terhad kepada 10 unit sahaja di Malaysia, dan didatangkan dalam warna Lapiz Blue. Model Golf R 3 pintu ini telah ditetapkan pada harga RM268,888 (sebelum pendaftaran). Mirip saudara 5 pintunya, model Golf R 3 pintu ini dilengkapi dengan enjin cas turbo 2.0TSI baharu dan kotak gear 'direct shift' (DSG) 7 kelajuan, yang menjana sejumlah 290PS dan 380Nm tork di antara 2,000 hingga 5,400rpm, dipacu oleh sistem pacuan semua roda 4MOTION. Golf R ini dilengkapi dengan kerusi kulit 'Vienna' R, roda aloi 19 inci Pretoria, 'Active Info Display' 12.3 inci, 'Discover Pro' dengan App-Connect' dan 'Gesture Control',lampu hadapan LED dengan 'Dynamic Cornering Light', lampu belakang LED dengan 'Dynamic Indicator', dan stereng progresif. Bagaimana pun, model Golf R 3 pintu ini tidak ditawarkan dengan sistem penghidupan enjin dan penguncian KESSY, fungsi memori cermin luar, dan kerusi pemandu boleh laras elektrik. Erik Winter, Pengarah Urusan VPCM berkata bahawa Golf R ini adalah salah sebuah model Volkswagen paling digemari ramai sepanjang masa, dan dengan adanya Golf R 3 pintu ini pasti mengujakan para peminat. "Ianya satu peluang keemasan buat para penggemar untuk menjadi sebahagian daripada sesuatu yang istimewa, kerana Golf R 3 pintu ini adalah model yang terhad di Malaysia. Dengan status ikutan model ini, kami yakin yang ke semua 10 unit akan terjual dengan pantas," ujarnya lagi. VPCM juga turut mengumumkan harga baharu model-model mereka, seiring dengan pengumuman 0% GST yang bermula dari 1 Jun 2018. Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter menggalakkan para pemilik sudah tiba masa untuk penyelenggaraan berkala kenderaan Volkswagen mereka untuk membuat temu janji di pusat perkhidmatan mereka bagi memanfaatkan kadar sifar GST yang ada sekarang. "Komitmen kami kepada pelanggan dizahirkan dengan mengekalkan tahap transparensi yang tinggi dalam kos pemilikan sebuah model Volkswagen, dan atas sebab itulah adanya panduan harga perkhidmatan," tambahnya lagi. VPCM secara berterusan telah berusaha untuk meningkatkan lagi pengalaman pemilikan model mereka, dan sebahagian daripada inisiatif ini adalah dengan pengenalan program penyelenggaraan percuma 3 tahun pada awal tahun 2018, beserta dengan waranti pengeluar 5 tahun dan bantuan 'roadside' 5 tahun yang ditawarkan bagi ke semua model Volkswagen. Untuk senarai komprehensif bagi panduan harga perkhidmatan, TEKAN SINI. Bagi senarai penuh rangkaian model VW yang disediakan bagi pasaran Malaysia serta harga dan spesifikasinya, TEKAN SINI.  

Read the original post at http://motomalaya.net

No comments:

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/