Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Friday, June 8, 2018

TOC Automotive College Sediakan Biayaan Buat Pelajar Kursus Juruteknik Superbike!

  • TOC Automotive College sediakan biayaan bagi para pelajar yang berminat untuk mengikuti Kursus Juruteknik Superbike!
  • Pilihan Bina Bakat akan membiaya sehingga 100% yuran kursus tersebut.
  • Para pelajar Bina Bakat hanya perlu membayar semula setelah mereka mendapat pekerjaan selepas menamatkan pengajian.
Pendidikan adalah salah satu aspek paling penting dalam kehidupan masa kini. Gaya hidup dibina berdasarkan pendidikan, dan matlamat juga dicapai melalui asas pendidikan yang kukuh. Malangnya, pendidikan kadang kala di luar jangkauan orang kebiasaan atas sebab isu kemudahcapaian seperti kos yang berkaitan dengan pendidikan. Walaupun terdapat pelbagai biasiswa yang ada di luar sana, ianya selalunya disediakan hanya untuk pelajar yang cemerlang dengan keputusan yang hampir sempurna. Pilihan-pilihan yang selebihnya tidaklah begitu memberangsangkan buat pelajar-pelajar lain, dan inilah yang cuba diubah oleh TOC Automotive College melalui satu program pembiayaan istimewa bergelar Program Bina Bakat TOC. Dilancarkan pada awal tahun 2018, Program Bina Bakat TOC ini bertujuan untuk menyediakan biayaan buat para pelajar yang amat memerlukannya. Ia menawarkan program latihan industri dan juga pelan pembayaran semula pinjaman bagi para pelajar di mana pinjaman pendidikan disediakan bagi kursus yang dipelajari dan para pelajar hanya perlu membuat pembayaran semula melalui potongan bulanan dari gaji atau elaun. Pemotongan ini hanya akan diadakan apabila pelajar mendapat tempat latihan industri atau kerja tetap. "Dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, lebih ramai ibu bapa dan pelajar mendapati diri mereka menghadapi kesukaran untuk membiayai kos pendidikan tertiari. Peranan kami sebagai pendidik rintis dalam industri automotif Malaysia adalah tertumpu pada menangani cabaran luaran yang boleh menidakkan peluang pendidikan tinggi di kalangan golongan muda. Melalui Program Bina Bakat TOC, Kami berharap untuk mengurangkan beban kewangan dan memberi capaian yang lebih mudah kepada pendidikan berkualiti untuk semua," ujar Adelaine Foo, pengasas TOC Automotive College. Foo turut menambah, " Program Bina Bakat TOC ini membreikan manfaat masa panjang bersama buat para pelajar dan Rakan Industri TOC, di mana para pelajar akan dipupuk dalam organisasi yang mana mereka berharap untuk mendapat tempat yang tetap, sama ada dalam perkhidmatan selepas jualan atau pun dalam bidang teknikal." Program Bina Bakat TOC juga disertakan dengan Kursus Juruteknik Superbike yang telah diperkenalkan baru-baru ini, yang bertujuan untuk menyediakan latihan bertauliah buat para pelajar yang ingin menceburi bidang penyelenggaraan superbike. Selain itu, TOC Automotive College telah bekerjasama dengan Malaysia Motorcycle & Scooter Dealers Association (MMSDA), dan melalui kerjasama ini, para pelajar yang telah menjalani Kursus Juruteknik Superbike TOC akan dapat dengan hampir serta merta di salah sebuah daripada 5,000 bengkel ahli persatuan MMSDA. Bagi pelajar yang berminat untuk mengikuti kursus ini akan mendapat biayaan 100% untuk membiayai pendidikan mereka, dan hanya perlu dibayar semula setelah memperolehi pekerjaan. TEKAN SINI untuk mendapat maklumat lanjut berkenaan Program Bina Bakat TOC dan Kursus Juruteknik Superbike.  

Read the original post at http://motomalaya.net

No comments:

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/