Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Monday, June 4, 2018

Tawaran istimewa Raya dari Weststar Maxus

  • Weststar Maxus telah melancarkan tawaran menarik bagi kenderaan Maxus G10.

  • Tawaran nilai pertukaran yang tinggi akan diberi kepada mereka pemilik-pemilik MPV yang ingin tukar kepada Maxus G10.

  • Tambahan jaminan lima tahun (120,000km) serta dua tahun servis percuma turut disertai dalam tawaran ini.

Weststar Maxus baru sahaja melancarkan tawaran istimewa sempena Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri. Pengedar tunggal bagi Maxus di Malaysia akan melangsungkan tawaran ini sehingga 31 Julai 2018. Apakah tawaran menarik mereka? Bagi sesiapa yang ingin memiliki sebuah Maxus G10 baharu, mereka akan menerima mana-mana MPV milik anda dengan nilai pertukaran yang tinggi! Menurut Pengarah Urusan Kumpulan Weststar, Tan Sri Syes Azman Syed Ibrahim, "Kami menawarkan nilai pertukaran yang tinggi jika dibandingkan dengan harga pasaran biasa dan penjual kenderaan terpakai yang lain. Ia merupakan tawaran yang terhebat untuk keluarga yang menginginkan sebuah MPV berkapasiti besar 'people mover' yang boleh memuatkan 10 orang dengan mudah." Di bulan yang mulia ini, pigak Weststar Maxus juga akan menawarkan tambahan jaminan selama lima tahun (atau sehingga 120,000km) serta dua tahun servis percuma termasuk upah dan alat ganti. Dengan ini, memang tiada masa yang lebih sesuai untuk memiliki sebuah Maxus G10 untuk anda sekeluarga. Selain dari pengumuman tawaran hebat dari Maxus, mereka juga telah melantik keluarga selebriti sebagai duta jenama Maxus G10 iaitu Awal Ashaari, Sxha Alyahya dan Lara Alana atau lebih dikenali sebagai "Schawalara". Lebih dari 19 juta pengikut di lama sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram, keluarga muda ini memaparkan imej yang bersesuaian dengan MPV terbaharu mereka. Kami juga ingin mengingatkan semua pengikut MotoMalaya.net bahawa Weststar Maxus masih menawarkan harga GST 0% untuk Maxus G10 dan juga kenderaan komersil V80 sehingga Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dimulakan oleh kerajaan pada 1 September 2018. Harga kenderaan Maxus G10 bermula dari RM129,888 sehingga RM176,088 (harga atas jalan dengan insurans). Ini belum termasuk tawaran terbaru mereka, tuan-tuan dan puan-puan. [gallery columns="5" ids="47786,47787,47788,47789,47790,47791,47792,47793,47795,47796,47797,47798,47801,47802,47804,47805,47807,47810,47812,47813"]

Read the original post at http://motomalaya.net

No comments:

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/