Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Saturday, June 9, 2018

Nak Tahu Rupa Jentera Perlumbaan Moto2 MV Agusta 2019?

  • Imej motosikal perlumbaan Moto2 MV Agusta 2019 telah dikeluarkan oleh jenama berkenaan.
  • Imej hasilan tersebut memberi bayangan akan rupa jentera pasukan MV Agusta Forward Racing yang akan hadir pada musim akan datang.
  • Pasukan ini akan mempunyai kelebihan kecil kerana mereka amat berpengalaman dengan enjin tiga silinder dan jentera supersport.
Pada bulan yang lalu, MV Agusta telah mengumumkan bahawa mereka akan menyertai kembali siri perlumbaan MotoGP pada tahun 2019 setelah berehat selama 42 tahun. Satu prejanjian empat tahun telah dimeterai bersama pasukan Forward Racing yang akan menyaksikan bertanding dalam kelas pertengahan yang telah dirombak semula serba baharu yang akan menggunakan enjin tiga selari 765cc Triumph. Ini satu berita yang amat menarik sekali memandangkan pengeluar motosikal premium dari Itali ini amat berpengalaman dengan enjin tiga silinder dan juga jentera kelas pertengahan, terutamanya dengan jentera MV Agusta F3 mereka. Ini bermakna yang MV Agusta mungkin sekali boleh bersaing untuk merebut gelaran kejohanan. Menurut Giovanni Cuzari, Ketua Pegawai Eksekutif Forward Racing, " Impian untuk membawa semula MV Agusta ke MotoGP telah dizahirkan oleh Claudio Castiglioni, yang mana merupakan rakan yang amat saya hormati, dan impian menjadi kenyataan dengan anaknya, Giovanni." Apa yang lebih menarik adalah bagaimana rupa paras motosikal perlumbaan Moto2 MV Agusta 2019 ini nanti dan dengan beberapa imej hasilan yang telah dikeluarkan telah memberikan gambaran tersebut. Diilhamkan oleh jentera supersport MV Agusta F3, ianya barangkali langkah seterusnya dalam evolusi bagi jentera F3 yang dilengkapkan dengan casis berspesifikasi perlumbaan baharu. Lampu hadapannya telah dikeluarkan dan digantikan dengan lohong udara ditempatnya. Pakej ini tampak amat menarik sekali, namun, MV Agusta berdepan dengan cabaran yang getir bersaing dengan pesaing utama seperti Kalex dan KTM. Tiada lagi sebarang berita mengenai siapakah penunggang bagi pasukan MV Agusta Forward Racing Team buat masa ini, namun, teruskan bersama kami di MotoMalaya untuk perkembangan terkini Moto2. https://motomalaya.net/blog/2018/02/22/motogp-francesco-bagnaia-akan-menyertai-pasukan-pramac-ducati-pada-tahun-2019/

Read the original post at http://motomalaya.net

No comments:

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/