Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Friday, June 1, 2018

Motonation 2018 Anjurkan Majlis Berbuka Puasa Di Hype Motorsports Hotel

  • Motonation 2018 telah menganjurkan satu majlis berbuka puasa dan acara jaringan perniagaan pada malam semalam.
  • Acara ini telah diadakan di Hype Motorsports Hotel KL (sebelum ini dikenali sebagai Nouvelle Hotel).
  • Mereka juga telah mengadakan upacara tandatangan rakan kerjasama, perjaringan, dan perbentangan pelan perniagaan mereka pada semua hadirin.
Motonation 2018 telah menjemput rakan kerjasama, ahli rangkaian, dan warga media ke majlis berbuka puasa serta perangkaian perniagaan mereka semalam. Acara ini telah diadakan di Hype Motorsports Hotel KL yang telah diperbaharui (sebelum ini dikenali sebagai Nouvelle Hotel). Acara itu bermula dengan majlis berbuka puasa di mana para hadirin yang beragama Islam berbuka bersama-sama hadirin yang lain. Semua orang menikmati juadah yang telah disediakan sebelum sesi itu beralih ke perbentangan pakej Motonation. Ianya kemudiannya diikuti dengan beberapa majlis tandatangan dengan rakan-rakan kerjasama yang baharu beserta beberapa buah perbentangan dari rakan kerjasama semasa kepada para hadirin. Acara utama malam itu adalah sesi perjaringan, di mana wakil dari setiap usahasama masing-masing bersuai kenal dengan lebih rapat antara satu sama lain. Kad nama bertukar tangan dan produk-produk diperagakan untuk tatapan semua sama ada teknologi cetakan 3D, hinggalah ke program dan aplikasi alam maya. Walaupun ianya masih dalam tahap yang awal bagi Motonation 2018 sebelum acara utama mereka pada penghujung tahun ini, kami telah menyaksikan begitu banyak perniagaan dan penjual yang telah mengambil bahagian bagi menambahkan lagi keseronokan serta kemeriahan yang bakal mencecah kemuncaknya di acara utamanya nanti. Jika anda rasa yang acara Motonation pada tahun lalu sudah cukup gempak, acara utama tahun ini di MECC, MATRADE pasti akan menjadi lebih menakjubkan. Jangan lupa untuk menanda tarikh 19 hingga 21 Oktober 2018 di kalendar anda! GALERI GAMBAR [gallery columns="4" ids="47552,47553,47554,47555,47556,47557,47558,47559,47560,47561,47562,47563,47564,47566,47567,47568,47569,47570,47571,47572"] https://motomalaya.net/blog/2018/04/18/motonation-2018-dilancarkan-secara-rasmi-dan-bersiap-sedia-untuk-bulan-oktober/    

Read the original post at http://motomalaya.net

No comments:

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/