Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Monday, June 11, 2018

Moto2: Hector Barbera Dipecat Kerana Memandu Di Bawah Pengaruh Alkohol

  • Penunggang semasa bagi pasukan Pons HP40 Racing, Hector Barbera, telah dipecat setelah sabit kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol.
  • Penunggang berusia 31 tahun itu telah didapati melakukan kesalahan memandu melebihi had di Sepanyol pada minggu lalu dan telah dikenakan larangan memandu selama satu tahun.
  • Perpisahan antara bekas penunggang MotoGP dan pasukan Pons HP40 Racing itu berkuatkuasa serta merta.
Pons HP40 Racing Team telah mengeluarkan satu kenyataan rasmi menyatakan bahawa mereka telah menghentikan khidmat penunggang Moto2 semasa mereka, Hector Barbera. Ini disebabkan kerana Barbera telah disabit dengan kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol pada awal minggu ini di Sepanyol. Kejadian ini berlaku pada minggu lalu, di mana bekas penunggang MotoGP tersebut telah ditahan dan didapati memandu melebihi had di bandar. Dia telah dibawa menghadap mahkamah di Valencia, di mana dia telah disabitkan dengan kesalahan itu dan dikenakan larangan memandu selama satu tahun. Bekas penunggang bagi pasukan Reale Avintia Racing itu telah digugurkan dari kelas premier dan dengan prestasinya yang kurang memberangsangkan di Moto2 pada musim ini, masa hadapan penunggang dari Sepanyol ini tampak samar sekali. Berbera turut mengeluarkan kenyataan peribadinya yang boleh dibaca di bawah: "Saya mengaku kesilapan dan terima akibatnya. Paling teruk sekali adalah kesannya pada keluarga, sahabat, dan teman saya, begitu juga pada kerjaya professional saya. Bermula dari Grand Prix of Catalonia, saya tidak akan meneruskan persaingan dengan pasukan semasa saya." "Walaupun bagi mereka yang merasakan yang saya mendapat hukuman setimpal, yang selayaknya, anda pasti faham yang ini adalah masa yang sukar bagi saya. Tiada perkataan bagi menggambarkan betapa sesalnya saya rasa sekarang. Saya sedang berusaha bersungguh-sungguh dalam Moto2, walaupun keputusan kurang memuaskan. Saya akan berlatih dengan lebih tekun lagi dan bekerja dengan lebih keras." "Ingin saya tegaskan sekali lagi saya terima akibat perbuatan saya. Saya tidak akan berhenti berusaha walaupun ianya sukar, dan ini akan menjadi tabiat saya. Saya minta maaf kepada sesiapa sahaja yang telah terjejas akibat situasi ini, dan berterima kasih pada mereka yang menyokong saya pada waktu ini." Teruskan setia bersama kami di MotoMalaya untuk perkembangan dan berita terkini MotoGP Sumber imej: MotoGP https://motomalaya.net/blog/2018/06/09/nak-tahu-rupa-jentera-perlumbaan-moto2-mv-agusta-2019/

Read the original post at http://motomalaya.net

No comments:

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/