Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Friday, June 22, 2018

Mengapa Ianya Penting Untuk Memastikan Motosikal Anda Diselenggara Oleh Juruteknik Bertauliah

  • Mencari juruteknik bertauliah untuk menguruskan motosikal anda sudah pasti satu tindakan yang bijak.
  • Walaupun ada mekanik 'tradisional' yang hebat di luar sana, motosikal zaman kini lebih kompleks dari sebelumnya.
  • Seorang juruteknik bertauliah sudah pasti memiliki latihan rasmi, disiplin dan pengetahuan.
Sebelum kita bermula, anda sudah pasti pernah mengalami satu pengalaman mengerikan melawat bengkel motosikal. Anda telah pun menunggang berpuluh tahun lamanya, namun, pasti akan ada sahaja cerita baru yang memeranjatkan anda. Laman saudara kami, Bikes Republic ada menulis mengenainya sebelum ini, tekan pautan di bawah bagi membaca kisah ngeri mempercayakan motosikal pada mekanik yang tidak berkemahiran. http://www.bikesrepublic.com/featured/bad-mechanics-horror-stories-for-your-bike/ Seperti yang telah kami nyatakan di atas, tidak dinafikan akan adanya mekanik-mekanik yang hebat. Otai-otai lama ini sudah lama memahirkan diri dalam penyelenggaraan dan pembaikan motosikal sejak usia yang amat muda lagi. Namun, kunci kesinambungan perniagaan mereka sejak sekian lama bukanlah kerana mereka menawarkan kelengkapan dan aksesori yang murah, tetapi, ianya kerana kesungguhan mereka menggunakan teknik dan amalan bengkel yang betul. Kunjungi salah sebuah dari bengkel ini dan anda pasti akan terjumpa barang senaskhah dua panduan bengkel yang bagus dalam pejabat mereka. Namun, bagaimana pula bagi generasi yang lebih muda, yang baru memasuki dunia pekerjaan? Bagi mereka, salah satu jalan terbaik bagi memperolehi ilmu dan kemahiran mengenai penyelenggaraan dan pembaikan motosikal adalah dengan mendaftar dengan Kursus Juruteknik Superbike yang telah dilancarkan oleh TOC Automotive College, beberapa minggu yang lalu. Sebagai peringatan semula, TOC Automotive College (TOC) telah melancarkan Kursus Juruteknik Superbike. Sewaktu pelancaran itu juga, TOC telah memeteraikan perjanjian bersama dengan Malaysian Motorcycle and Scooter Dealers Association (MMSDA). Ringkasnya, perjanjian itu akan menyaksikan para pelajar bagi Kursus Juruteknik Superbike TOC dihantar ke bengkel-bengkel ahli MMSDA bagi menjalankan latihan industri sebagai sebahagian daripada kurikulum mereka dan tempat kerja mereka sebaik sahaja mereka menyempurnakan kursus ini. Encik Wee Hong, Pengerusi MMSDA, menegaskan bahawa adanya keerluan segera untuk juruteknik bertauliah di bengkel-bengkel ahli persatuan tersebut. (Sila tekan pautan di bawah untuk maklumat selanjutnya.) https://motomalaya.net/blog/2018/05/04/kolej-automotif-toc-lancarkan-kursus-juruteknik-superbike/ Jadi, mengapakah kita memerlukan juruteknik bertauliah berbanding mereka yang belajar sendiri? (Sekali lagi, kami tegaskan yang bukan semua mekanik yang belajar sendiri ini tidak bagus.) Manfaat yang boleh kita dapat dengan memastikan motosikal kita diselenggara oleh juruteknik bertauliah adalah:
  • Amalan bengkel yang betul seperti menggunakan peralatan yang betul untuk setiap tugas. Sebagai contoh, menggunakan 'torque wrench' dan bukannya mengetuk menggunakan 'pneumatic impact driver'.
  • TOC, contohnya, memerlukan pelajarnya mendapat markah 80% untuk lulus setiap subjek. Ini bermakna para lulusannya telah pun diterapkan dengan kebanyakan, jika tidak semua, pengetahuan mengenai motosikal.
  • TOC juga tidak akan bertolak ansur dengan pelajar yang ketinggalan sebarang kelas dua kali dalam satu semester. Ini bukan sahaja bagi membolehkan pelajar menyerap pengetahuan dan kemahiran sebanyak mungkin, tetapi juga menerapkan disiplin dalam pelajar.
  • Disiplin kemudiannya melahirkan sikap bertanggungjawab. Kami pernah mengunjungi beberapa buah bengkel di mana kerja jurutekniknya amat baik sekali, walaupun dengan usia mereka yang muda.
Motosikal pada masa kini telah makin kompleks binaannya, lebih-lebih lagi dari segi elektronik. Juruteknik-juruteknik yang baharu ini akan dilatih bagi mendiagnos masalah dengan bantuan alat uji elektronik. Walaupun yang di atas tidak dapat mewakili 100% keadaan dunia sebenar, ianya jauh lebih mententeramkan daripada mengharapkan yang terbaik setiap kali anda melawat mekanik yang belajar sendiri. Pandang ia dari sudut sebegini; adakah anda akan berjumpa dengan doktor atau jira anda untuk mendiagnos masalh kesihatan anda? Berminat untuk mendaftar dengan Kursus Juruteknik Superbike TOC? Ingin bina kerjaya dari minat anda? TEKAN SINI untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kursus ini! Dan anda tidak perlu risau mengenai pembiayaannya, TOC dapat membantu anda. Baca mengenai program pembiayaan TOC di sini.  

Read the original post at http://motomalaya.net

No comments:

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/