Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Tuesday, June 5, 2018

Isle of Man TT 2018: Dua Pelumba Terkorban Dalam Perlumbaan Superbike Dan Supersport

  • Setelah berakhirnya sesi kelayakan dan dua hari perlumbaan Isle of Man TT pada tahun ini, dua orang pelumba telah terkorban.
  • Dan Kneen, berusia 30 tahun, meninggal dunia pada 30 Mei 2018 dan pelumba berusia 26 tahun, Adam Lyon terkorban sewaktu perlumbaan pembukaan Monster Energy Supersport.
  • Perlumbaan-perlumbaan yang lain akan diteruskan pada 6 dan 8 Jun 2018.
Minggu perlumbaan Isle of Man TT 2018 sedang berlangsung dengan beberapa buah perlumbaan telah pun selesai. Pada ketika Michael Dunlop dan Peter Hickman meraikan kemenangan mereka bagi kategori Superbike dan Superstock, dua orang pelumba telah pun terkorban di litar "Mountain Course" tahun ini Mangsa pertama adalah Dan Kneen, dari pasukan Tyco BMW. Sewaktu sesi kelayakan Superbike, Superstock dan Supersport pada 30 Mei 2018, Kneen hilang kawalan jentera BMW S 1000 RR-nya dan terbabas di Churchtown. Dia disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Dan Kneen berusia 30 tahun. Mangsa kedua, malangnya, adalah Adam Lyon, seorang pendatang baru dalam arena perlumbaan Isle of Man TT. Baru semalam dia berlumba melalui litar jalan raya tersebut pada kelajuan sekitar 200km/j di atas jentera Yamaha YZF-R6. Dia kehilangan nyawanya sewaktu perlumbaan pembukaan Monster Energy Supersport yang berlangsung semalam. Ini merupakan kemunculan pertamanya di Isle of Man TT dan telah meninggal dunia pada usia 26 tahun. Lebih banyak perlumbaan yang akan diteruskan pada hari ini (6 Jun 2018), diikuti dengan finalenya pada 8 Jun 2018 di mana para pelumba jalan raya yang berjiwa kental ini akan bertarung bagi kategori utama Isle of Man TT, Senior TT. Sumber imej: IOMTT https://motomalaya.net/blog/2018/04/29/isle-of-man-tt-john-mcguinness-tarik-diri-sekali-lagi-retak-kaki-kanannya/

Read the original post at http://motomalaya.net

No comments:

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/