Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Friday, June 1, 2018

Hyundai IONIQ Mendapat Rating Keselamatan Asean NCAP 5-Bintang

Kereta Hyundai IONIQ HYBRID telah dinamakan sebagai salah sebuah kereta paling selamat dalam segmennya, setelah di anugerahkan dengan rating keselamatan lima-bintang secara keseluruhannya oleh New Car AssessmentProgramme for South East Asian Countries (ASEAN NCAP). ASEAN NCAP merupakan satu usahasama antara Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Malaysian Institute of Road Safety Research - MIROS), dan Global NCAP. Model IONIQ ini telah diuji menggunakan sistem rating 2017-2020 yang ketat dan mencapai markah keseluruhan yang mengagumkan sebanyak 91.98 mata. Ia cemerlang dalam tiga buah kategori, iaitu, 'Adult Occupant Protection' (46.34 mata dari 50.00 mata), 'Child Occupant Protection' (21.48 mata dari 25.00 mata), dan 'Safety Assist Technologies' (24.17 mata dari 25.00 mata)., menjadikannya salah sebuah kereta paling selamat dalam segmennya. "Kami berasa amat gembira dengan anugerah lima-bintang ASEAN NCAP terkini ini, yang menambahkan lagi bilangan anugerah keselamatan IONIQ, termasuklah Rating Keselamatan lima-bintang oleh Euro NCAP pada tahun 2017, dan anugerah "Top Safety Pick+ Award" dari IIHS (Independent Insurance Institute for Highway Safety) di Amerika Syarikat. Model IONIQ telah terbukti sebagai salah sebuah kereta paling selamat dalam kelasnya, dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan tercanggih. Bermula dari harga RM94,788 (harga atas jalan, tidak termasuk insurans dan GST, WEF 1 Jun 2018) ianya sudah pasti satu pelaburan yang berbaloi, bersama reka bentuk pemenang anugerah dan pelbagai ciri-ciri mengagumkan," ujar Encik Dennis Ho, Pengarah Urusan, Sime Darby Motors - Malaysia, Thailand & Taiwan. Menurut ASEAN NCAP, IONIQ telah mendapat markah yang hebat dengan bantuan kelengkapan keselamatannya yang terkini, yang terdiri daripada teknologi pembrekan dan pengelakan yang berkesan seperti, Electronic Stability Control (ESC), Seatbelt Reminder System (SBR), termasuklah untuk penumpang di belakang, ISOFIX dan 'top tether' datang sebagai kelengkapan standard bagi keseluruhan variannya. IONIQ ini juga menawarkan beberapa buah teknologi keselamatan tercanggih, seperti Autonomous Emergency Braking (AEB) for City, Inter-Urban and Vulnerable Road Users Technologies, Lane Departure Warning (LDW), Forward Collision Warning (FCW) dan Lane Keep Assist (LKA). (Ciri-ciri ini hanya disediakan bagi varian HEV PLUS). Autonomous Emergency Braking (AEB) akan memberitahu sekiranya ada sebarang situasi kecemasan, dan membrek dengan sendirinya apabila perlu. Dengan penggunaan radar hadapan dan sensor kamera, AEB beroperasi dalam tiga tahap; pada awalnya dengan memberi amaran kepada pemandu secara visual dan audio, mengawal brek mengikut tahap bahaya pertembungan dan mengenakan daya brek maksimum sebaik sebelum bertembung. Apabila kereta ini mengesan ada kenderaan atau pejalan kaki, sistem ini akan diaktifkan dan akan mengelak pertembungan atau mengurangkan kerosakan sewaktu pertembungan tidak dapat dielakkan. Ciri-ciri lain yang menyumbang kepada rating lima-bintang IONIQ adalah: Sistem Lane Keeping Assist termasuk Lane Departure Warning
  • Ini akan mengingatkan pemandu secara audio dan visual sekiranya kereta melintasi sebarang garisan jalan raya tanpa memberi isyarat, dan mengenakan sedikit daya pada roda stereng bagi membantu pemandu kembali ke posisi yang selamat. (Ciri ini hanya boleh didapati pada varian HEV PLUS)
Pengesanan Titik Buta dan Rear Cross Traffic Alert
  • Sistem ini akan memberi amaran kepada pemandu mengenai kenderaan, orang, atau objek yang berada di sekeliling, yang mungkin akan menyebabkan pertembungan sekiranya tidak disedari sewaktu kereta sedang bergerak - satu lagi ciri tambahan pada IONIQ. (Ciri ini hanya boleh didapati pada varian HEV PLUS)
Keselamatan Pasif
  • Sejumlah tujuh buah beg udara telah diletakkan di sekeliling ruang dalaman IONIQ, termasuk beg udara lutut untuk pemandu.
Pelbagai anugerah tempatan yang telah dimenangi oleh IONIQ pada tahun 2017, antaranya ialah "Hybrid of the Year" 2017 di "Vehicle of the Year Awards" (VOTY) oleh DSF.my, dengan kerjasama Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad, "Hybrid Vehicle of the Year" 2017 oleh CarSifu Editor's Choice Awards, kategori "Sedan & Hatchback of the Year" (RM100,000-RM130,000) dan "Hybrid Car of the Year" 2017 di Malaysia Car f the Year Awards. HSDM menawarkan waranti lima tahun atau 300,000km (yang mana dahulu) untuk kereta ini, tiga tahun atau 60,000km (yang mana dahulu) penyelenggaraan percuma, termasuk alat ganti, upah, dan minyak enjin. Ia juga datang dengan waranti tanpa had perbatuan lapan tahun untuk bateri dan harga bateri di bawah RM10,000 bagi lapan tahun yang berikutnya sekiranya ianya perlu digantikan. Perkhidmatan bantuan tepi jalan 24 jam juga tersedia bagi pemilik kereta Hyundai yang sedia ada dan baharu. Harga di Malaysia: Hyundai Ioniq Hybrid 1.6 (A) HEV – RM94,788.00 Hyundai Ioniq Hybrid 1.6 (A) HEV Plus – RM109,988.00 (Harga atas jalan tidak termasuk insurans dan selepas 0% GST)  

Read the original post at http://motomalaya.net

No comments:

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/