Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Tuesday, June 19, 2018

Dovizioso Dan Lorenzo Bakal Berentap Dengan Bayliss Dan Davies Di World Ducati Week

  • Penunggang pasukan pengilang Ducati MotoGP, Andrea Dovizioso dan Jorge Lorenzo akan bertarung dengan para penunggang yang lain di "The Race of Champions".
  • Acara perlumbaan ini akan berlangsung sewaktu "World Ducati Week" 2018.
  • Acara ini akan diadakan dari 20 hingga 22 Julai 2018.
Ducati akan menganjurkan sebuah perlumbaan "Race of Champions" sewaktu World Ducati Week (WDW) kali ke-10. Perlumbaan ini dijadualkan untuk berlangsung dari 20 Julai hingga 22 Julai 2018, litar Misano World Circuit Marco Simoncelli yang bersejarah. Dua belas orang penunggang, termasuklah penunggang pasukan pengeluar Ducati MotoGP semasa, Andrea Dovizioso dan Jorge Lorenzo, akan bersaing dengan penunggang seperti Troy Bayliss, Marco Melandri, dan yang lain-lain. Selain itu, Danilo Petrucci dan Jack Miller juga akan turut menyertai perlumbaan ini. Dan ianya bukan sekadar sebuah perlumbaan pameran, tetapi perlumbaan yang sebenar, dengan sesi latihan, kelayakan dan sehinggalah perlumbaan. Para peminat Ducati akan dapat menjamu mata mereka sewaktu para pelumba berlumba, di mana mereka akan mengemudi jentera yang disediakan khas, edisi terhad, Ducati Panigale V4 S! World Ducati Week adalah satu acara sambutan tahunan buat para pemilik Ducati. Ia terdiri daripada pelbagai aktiviti bagi meraikan jenama Ducati, termasuklah pertunjukan aksi lagak ngeri, tunggangan atas litar, pertandingan seperti pemasangan atau penanggalan enjin, perarakan Ducati, Perkampungan Scrambler, Monster, Perkhidmatan Ducati, Akademi Keselamatan DRE, Akademi Enduro DRE, lawatan kilang dan muzium Ducati di Borgo Panigale, dan bermacam-macam lagi. Sila layari https://www.ducati.com/ww/en/experience/world-ducati-week sekiranya anda berminat untuk menyertai acara ini.

Read the original post at http://motomalaya.net

No comments:

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/