Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Saturday, June 23, 2018

Castrol Activ Baharu Dengan Actibond Yang Dipertingkatkan Telah Dilancarkan

Sistem pelinciran dalam enjin moden menyediakan pelinciran yang mencukupi. Bagaimanapun, kebanyakan kerosakan enjin terjadi sewaktu enjin dihidupkan. Castrol Activ bertujuan bagi menyediakan pelinciran pada semua tahap pengoperasian enijn. Pemandu kereta pasti sudah kenal akan sebuah produk Castrol yang diberi nama Magnetec. Minyak pelincir enjin ini telah diterapkan dengan satu formulasi yang berpaut pada bahagian enjin (seperti sebuah 'magnet') walaupun selepas anda mematikan enjin, dan dengan itu, melindunginya sewaktu dihidupkan semula. Namun, Magnetec adalah untuk kereta dan minyak pelincir bagi enjin kereta dan motosikal adalah berbeza (tekan sini untuk mengetahui perbezaannya). Castrol ingin memberikan perlindungan yang sama buat enjin motosikal dengan minyak pelincir motosikal yang baharu, Castrol Activ. Sistem pelinciran dalam enjin moden memberikan pelinciran yang mencukupi sewaktu enjin sedang hidup, namun, minyak pelincirnya akan turun kembali ke takungannyaselepas beberapa minit enjin dimatikan (inilah sebabnya mengapa kita memeriksa paras minyak sewaktu enjin dimatikan selepas dihidupkan buat beberapa minit). Oleh kerana itu, hanya ada sedikit sahaja minyak pada bahagian enjin sewaktu kita menghidupkannya, walaupun hampir ke semua minyak pelincir yang bagus pasti akan ada satu lapisan setebal mikron pada permukaan bahagian yang telah dilincirinya. Namun, ianya bergantung sama ada lapisan itu akan berfungsi sewaktu enjin dihidupkan. Selain itu, kebanyakan enjin yang baharu mempunyai bahagian dengan salutan yang memerangkap minyak - selalunya pada bahagian cecincin omboh, 'piston skirt', dan lejang silinder - manakala bahagian yang lain tidak. Inilah punca mengapa kerosakan enjin sering berlaku sewaktu enjin dihidupkan, dan bukan sewaktu ianya sedang berjalan, seperti mana yang dipercayai ramai. Minyak pelincir yang baharu ini telah diperkasakan dengan molekul 'Improved Actibond', yang berpaut pada bahagian enjin yang penting pada setiap tahap penunggangan. Keow Mei-Shan, Pengarah Pemasaran bagi Castrol Malaysia dan Singapura, menerangkan, "Keadaan penunggangan masa kini memberi tekanan yang hebat kepada penunggang dan juga motosikal mereka. Boleh ada sekurangnya 10 juta ketika setiap bulan di mana enjin motosikal boleh mengalami kerosakan, hanya kerana ianya berjalan. Malah, sebuah motosikal itu memerlukan perlindungan bukan sahaja sewaktu ditunggang tetapi juga sewaktu dihidupkan, dan juga ketika enjinnya dimatikan. Formulasi terbaru Castrol Activ mempunyai 'Improved Actibond' yang memberikan perlindungan berterusan sewaktu dihidupkan, ditunggang, dan juga ketika enjinnya dimatikan. Keseluruhannya, Castrol Activ baharu menjanjikan "Castrol's Best Continuous Protection" terbaik buat motosikal." Castrol Activ mampu melindungi enjin motosikal anda melalui tiga tahap operasi:
  • Sewaktu dihidupkan - kebanyakan kerosakan enjin berlaku sewaktu pemanasan enjin, sebaik sahaja selepas dihidupkan. Molekul 'Improved Actibond' mengurangkan kerosakan sewaktu pemanasan enjin sehingga 75% dan dengan itu mengurangkan kerosakan pada bahagian enjin yang penting.
  • Sewaktu penunggangan - Molekul 'Improved Actibond' memerangi mendapan dan membekalkan kebersihan enjin yang lebih baik, bagi membantukan memastikan kelancaran enjin dan mengurangkan kehausan omboh.
  • Sewaktu enjin dimatikan - Dengan berpaut pada bahagian enjin walaupun selepas enjin dimatikan, Castrol Activ membekalkan perlindungan yang hebat menentang hakisan yang mungkin berlaku akibat kelembapan.
Kami telah menemui siaran komersial Castrol Activ ini dari India, jadi saksikannya. https://youtu.be/ay5XB02UIFQ Castrol Activ memenuhi spesifikasi API SL dan JASO MA2. Ianya boleh didapati dalam botol 1 liter di Castrol Bike Points, bengkel motosikal, dan peruncit di seluruh Malaysia pada harga RM23.50 di Semenanjung Malaysia, dan RM24.20 bagi Sabah dan Sarawak.

Read the original post at http://motomalaya.net

No comments:

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/