Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Thursday, June 14, 2018

BMW Group Malaysia lancar Program BMW Safety 360°

  • Sempena musim perayaan, BMW Group Malaysia telah melancarkan Program BMW Safety 360°.

  • Sebahagian dari program ini ialah siri video Hebahan Khidmat Awam berjudul "Safety Starts with You".

  • Video-video ini menekankan gaya pemanduan yang berhemah dan selamat sewaktu di jalan raya.

BMW Group Malaysia baru sahaja melancarkan sebuah siri video Hebahan Khidmat Awam (PSA) yang berjudul "Safety Starts with You". Siri filem arahan Mallory Lee iaitu salah seorang finalis BMW Shorties merupakan sebahagian dari Program BMW Safety 360° untuk memupuk sifat berhati-hati di jalan raya. Keadaan di jalan raya lebih-lebih lagi dengan jumlah kenderaan sewaktu musim percutian Hari Raya Aidilfitri merupakan masa yang sangat penting untuk memandu secara selamat dan berhemah. Melalui lima siri video dari Program BMW Safety 360° ini, BMW Group Malaysia ingin menekankan kepentingan memandu secara cermat bagi keselamatan semua pengguna jalan raya. https://www.youtube.com/watch?v=gyh2OJx6PVc&list=PLFnG9-m3oRFajm5ouitZqRAonELo2rRlg Antara aspek-aspek yang BMW Group Malaysia ingin menggalakkan adalah:
  • Penggunaan tali pinggang keselamatan
  • Indikator isyarat
  • Undang-undang jalan raya dan lampu isyarat
  • Had laju
  • Penghindaran penggunaan telefon bimbit sewaktu memandu
En. Harald Hoelzl, Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia berkata, "Keselamatan jalan raya dan kebertanggungjawaban di atas jalan raya harus dilihat dari segi teknologi, tingkah laku dan tindakan. Sementara kita berperanan sebagai pengeluar kenderaan premium yang secara berterusannya membuahkan reka bentuk dan memperkenalkan teknologi keselamatan untuk meningkatkan keselamatan bagi semua pengguna jalan raya, ia juga mustahak bagi kami untukmengingati bahawa keselamatan bermula dengan anda." "Tingkah laku dan tindakan anda di atas jalan raya boleh menurunkan risiko kemalangan jalan raya secara signifikan. Melalui siri video ini, kami berharap ibu bapa dan individu dewasa secara umumnya boleh melihat bahawa sekiranya kanak-kanak dapat memahami peraturan jalan raya serta tingkah laku pemanduan yang baik, kita sebagai individuyang lebih dewasa boleh menilai semula tingkah laku kita yang boleh memberi kesan terhadap keselamatan jalan raya." Menurut bekas Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, terdapat 7,152 kes kematian yang telah dilaporkan pada tahun 2016 akibat kemalangan jalan raya. Lebih dari 80% kes-kes tersebut disebabkan oleh kesilapan manusia seperti memandu secara merbahaya dan tidak mematuhi peraturan lalu lintas. Jumlah kematian turun hanya 5.7% pada tahun 2017 dengan jumlah sebanyak 6,740 kematian berdasarkan Menteri Pengangkutan baharu, Anthony Loke. Jika jumlah kemalangan jalan raya dibandingkan bagi kedua-dua tahun tersebut, jumlah kemalangan 2017 lebih tinggi dari 2016 iaitu sebanyak 2.4% atau 533,875 kes. "Fakta yang mengejutkan ini tidak boleh dilihat sebagai angka semata-mata. Kita harus bersikap kritikal terhadap laporan ini dan menilai samada kita juga mempunyai peranan dalam angka yang dicatatkan ini, pertimbangkan semula salah laku kita di atas jalan raya, dan ingatkan diri kita sendiri untuk menjadi pemandu, penumpang, pejalan kaki dan pengguna jalan raya yang lebih baik." Sempena Hari Raya Aidilfitri, BMW Group Malaysia menawarkan pelbagai rebat menarik serta penyelesaian pembiayaan serendah 1.22% bagi model-model menarik dari BMW. Untuk mengetahui promosi-promosi ini dengan lebih lanjut, kunjungi pengedar-pengedar BMW di seluruh negara pada tarikh yang tertera di bawah atau layari www.bmw.com.my.
Pengedar Tarikh
Ingress Damansara 30 Jun – 1 Julai
Ingress Puchong 30 Jun – 1 Julai
Regas 23 – 24 Jun
Lee Motors 22 – 23 Jun
MW Seremban 23 – 24 Jun
MW BatuPahat 23 – 24 Jun
MW Kuantan 23 – 24 Jun
TS Butterworth 23 – 24 Jun
TS Ipoh 23 – 24 Jun
Seong Hoe 23 – 24 Jun
Quill Automobiles 23 – 24 Jun
Wheelcorp 23 – 24 Jun
Wearnes 30 Jun – 1 Julai
Raza 23 – 24 Jun
AB Glenmarie 30 Jun – 1 Julai
AB Kuala Lumpur 30 Jun – 1 Julai
AB Sungai Besi 30 Jun – 1 Julai
AB Johor 30 Jun– 1 Julai
AB Penang 30 Jun – 1 Julai
AB Balakong 30 Jun – 1 Julai
Kami dari MotoMalaya.net ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin. Pastikan keadaan fizikal dan mental anda berada pada paras yang sihat termasuklah kenderaan anda sebelum bergerak pulang ke kampung halaman. Baik-baik ya, bro dan sis! https://motomalaya.net/blog/2018/05/22/harga-rasmi-motosikal-bmw-dengan-gst-0/

Read the original post at http://motomalaya.net

No comments:

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/