Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Monday, June 11, 2018

2,500 Buah Tempahan Bagi Nissan Serena S-Hybrid Dalam Masa 4 Minggu

Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) telah mengumumkan bahawa model Nissan Serena S-Hybrid yang baharu secara keseluruhannya telah mengumpulkan 2,500 buah tempahan setakat 8 Jun 2018. Daripada jumlah itu, 757 unit telah pun didaftarkan dalam masa 4 minggu dari pelancaran rasminya. Merujuk pada jumlah tempahan model Serena S-Hybrid yang baharu ini, Christopher Tan, Pengarah Pemasaran dan Jualan ETCM, berkata, "Tempahan bagi model Nissan Serena S-Hybrid telah membuktikan penerimaan hebat model baharu dari ETCM ini dan kami berterima kasih kepada para pelanggan kami atas sokongan mereka. Kami akan terus membawakan produk yang berkualiti; dan pada masa yang sama, kami akan meningkatkan pengeluaran kami bagi memastikan yang Nissan Serena S-Hybrid yang baharu akan dihantar dengan pantas kepada para pelanggan yang kami hargai." Bagi memperingati pencapaian ini, satu upacara penyerahan kunci telah diadakan di ETCM Jalan Raja Laut di Kuala Lumpur untuk pemilik Nissan Serena S- Hybrid baharu, Encik Lokman Hakim Bin Mohamed Yusoff. Turut hadir adalah Encik Christopher Tan, dan Encik Vincent Wijnen, Naib Presiden Pemasaran dan Jualan, Asia dan Oceania, Nissan Motor Asia Pacific Co., Ltd., bagi menyaksikan detik bersejarah ini. Model Nissan Serena S-Hybrid serba baharu ini telah dilengkapi dengan teknologi pintar baharu dan ciri yang memudahkan pengguna. Ciri Nissan Intelligent Mobility (NIM) telah ditambah bagi memberikan pemanduan yang lebih berkeyakinan dan mengujakan yang terdiri daripada Intelligent Around View Monitor (I-AVM), empat buah buah kamera yang memberikan pandangan 'bird's-eye view' 360 darjah kenderaan untuk pemanduan arah yang lebih mudah, Intelligent Moving Object Detection (I-MOD) yang mengesan objek bergerak disekeliling kenderaan dan memberi amaran kepada pemandu. Hands-Free Dual Power Sliding Doors yang berfungsi dengan satu sentuhan mudah di bawah birai pintu kereta bagi membukanya. Anda boleh baca laporan yang telah dibuat oleh laman saudara kami, piston.my, DI SINI. 7 port USB bagi memenuhi keperluan pengecasan peranti elektronik penumpang, Dual Back Door yang boleh dibuka dengan mudah walaupun dalam ruangan parkir yang sempit. 6 buah Beg Udara SRS yang datang sebagai kelengkapan standard dalam model Nissan Serena S-Hybrid, beserta ciri-ciri keselamatan yang lain. Selain itu, pelanggan juga boleh menikmati kempen "Best Deal Ever 0% GST", yang menawarkan 0% GST beserta penjimatan Duit Raya yang menjadikan harga atas jalannya, tidak termasuk insurans pada paras RM135,195.59 bagi varian Premium Highway Star dan RM123,874.84 bagi varian Highway Star (Semenanjung Malaysia), bagi bulan Jun 2018. Pandu Uji model Nissan Serena S-Hybrid, MPV No. 1 di Jepun* di Karnival Pandu Uji Nissan yang diadakan di bilik pameran Nissan terpilih di seluruh negara. Tarikh dan tempat adalah seperti berikut:
Date Region Venue
8 – 9 June Northern ETCM Alor Setar
9 – 10 June Northern ETCM Butterworth
Northern ETCM Ipoh
Central ETCM Petaling Jaya
Central ETCM Cheras
Southern ETCM Johor Jaya
Southern ETCM Seremban
Southern ETCM Semabok
Sarawak ETCM Kuching
Sabah ETCM Kota Kinabalu
23 – 24 June Northern ETCM Bayan Lepas
Central ETCM Glenmarie
Central ETCM Puchong
Southern ETCM Batu Pahat
Sarawak ETCM Miri
Sabah ETCM Sandakan
Untuk maklumat lanjut, Layari laman sesawang rasmi Nissan Malaysia, atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan ETCM di talian 1800-88-3838.  

Read the original post at http://motomalaya.net

No comments:

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/