Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Saturday, May 19, 2018

Triumph Motorcycles Malaysia Umumkan Harga Motosikal dengan Kadar GST 0%

  • Triumph Motorcycles Malaysia dengan secara rasminya telah mengumumkan harga motosikal mereka dengan kadar GST 0%.
  • Pengeluar dari Hinckley itu telah meletakkan harga yang kini lebih menggiurkan.
  • Pengumuman harga yang baru itu bersamaan dengan ketibaan model Tiger 800 XCA dan Tiger 800 XRT.
Triumph Motorcycles Malaysia telah menghebahkan harga terbaru motosikal mereka, dengan kadar GST 0%, mengikut arahan Kementerian Kewangan Malaysia. Harga-harga baru ini akan mula berkuatkuasa dari 1 Jun 2018 hingga 30 Jun 2018. Sila rujuk senarai yang telah disediakan di bawah. Harga boleh berubah tanpa notis terdahulu. Pengurangan harga bagi motosikal baru adalah di antara RM3,000 hingga RM6,000, manakal pengurangan harga bagi model "Penghabisan Stok" adalah di antara RM2,937.06 hingga RM5,603.77. Bagaimana pun, anda tidak akan kerugian sekiranya anda memutuskan untuk membeli motosikal Triumph kegemaran anda sebelum 1 Jun 2018, kerana Triumph Motorcycles Malaysia telah melancarkan skim "Price Protection Scheme" mereka baru-baru ini (tekan pautan di bawah untuk maklumat lanjut). https://motomalaya.net/blog/2018/05/16/gst-vs-sst-triumph-motorcycles-malaysia-kata-jangan-risau/ Pengumuman harga yang baru ini tiba seiring dengan kemunculan model Tiger 800 XCA dan Tiger 800 XRT 2018 di Malaysia. Kedua-dua model ini adalah model utama bagi rangkaian motosikal Triumph Tiger 800. Model Tiger 800 XCA dan Tiger 800 XRT memiliki lebih banyak ciri serta aksesori tambahan berbanding model Tiger 800 XCX dan Tiger 800 XRX yang telah kami tunggang uji sebelum ini. Antara ciri-ciri tersebut adalah:
  • Lampu hadapan LED sepenuhnya dan lampu nyalaan yang amat mudah dikenali (XCA dan XRT).
  • Pelana yang dipanaskan (XCA dan XRT).
  • 6 gaya skrin TFT (XCA dan XRT).
  • 5 mod tunggangan termasuk mod tunggangan boleh khususkan tambahan (XRT).
  • 6 mod tunggangan termasuk mod tunggangan boleh khususkan tambahan (XCA).
  • Sepasang lampu kabus berkuasa tinggi (untuk XCA sahaja).
  • Tempat letak kaki gaya 'off-road' (untuk XCA sahaja).
  • Fork hadapan boleh laras (XRT vs. XRX. XCX dan XCA memiliki fork boleh laras WP sebagai standard).
  • Tongkat tengah (XCA dan XRT).
  • Pelindung radiator aluminium (XCA).
Sudah tiba masanya untuk anda miliki motosikal Triumph yang sudah lama anda idamkan itu.  

Read the original post at http://motomalaya.net

No comments:

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/