Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Wednesday, May 23, 2018

SDAC Umumkan Kempen Penyelenggaraan Raya Seluruh Negara 2018 Bagi Pemilik Ford

Sime Darby Auto Connexion (SDAC), pengedar tunggal jenama Ford di Malaysia, kini menawarkan promosi penyelenggaraan seluruh negara bagi membantu para pemilik kekal selamat dan bebas tekanan sewaktu pulang ke kampung pada Hari Raya nanti. Bermula dari sekarang hingga 30 Jun 2018, kempen 'Ford Raya Service' yang melibatkan pemeriksaan kenderaan 27-mata oleh juruteknik yang diperakui Ford, yang akan memastikan kenderaan anda berada dalam keadaan selamat sebelum anda pulang menuju kampung halaman untuk meraikan Hari Raya atau menjalani perjalanan sewaktu percutian. Diskaun sehingga 20% bagi minyak enjin dan alat ganti terpilih juga ditawarkan, yang mana hanya alat ganti OEM (original equipment manufacturer) yang akan digunakan, memastikan kualiti dan ketenangan minda buat pemilik. Selain itu, pemilik juga dapat menikmati penjimatan sehingga 10% bagi upah kerja untuk pakej minyak pelincir, brek dan tali sawat. Sewaktu tempoh promosi ini, para pemilik yang membelanjakan lebih daripada RM350 atas satu resit di mana-mana wakil pengedar rasmi Ford akan menerima hadiah percuma dan ke semua pelanggan juga akan menerima sampul Duit Raya percuma, sementara stok masih ada. Pemilik boleh membuat temujanji penyelenggaraan merea di atas talian melalui laman sesawang rasmi SDAC-Ford. Selain itu, mereka juga boleh menghubungi pusat perkhidmatan terdekat bagi membuat temujanji dengan mengakses pautan 'locate a dealer' pada laman sesawang tersebut untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai lokasi dan maklumat yang berkenaan. "Di SDAC, kami mengutamakan keselamatan jalan raya dan ianya aspek utama perniagaan kami. Melalui pakej penyelenggaraan dan perkhidmatan Raya kami ini, para pelanggan boleh merasa yakin yang kenderaan mereka akan berada dalam keadaan terbaik untuk perjalanan pulang yang selamat," ujar Syed Ahmad Muzri Syed Faiz, Pengarah Urusan Sime Darby Auto Connexion. "Saya inging mengucapkan 'Selamat Berpuasa' kepada seluruh umat Islam, dan ingin mengambil peluang ini untuk menggesa semua warga Malaysia untuk kekal berwaspada di atas jalan raya dan mengamalkan tabiat pemanduan defensif dan selamat pada setiap masa, termasuklah sewaktu perjalanan pulang ke kampung halaman untuk Hari Raya," tambahnya lagi. Bagi mendekati para pelanggan mereka secara efektif di atas talian, laman sesawang berbilang bahasa SDAC kini bercirikan sebuah 'chatbot' yang menawarkan sokongan dalam Bahasa Malaysia dan 'Simplified Chinese' selain daripada Bahasa Inggeris. Ianya laman sesawang automotif pertama di Malaysia yang menawarkan 'chatbot' pelbagai bahasa bagi menawarkan pengalaman pelanggan yang lebih baik dan lancar. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Ford, layari laman sesawang berbilang bahasa SDAC di www.sdacford.com.my.  

Read the original post at http://motomalaya.net

No comments:

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/