Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Wednesday, May 23, 2018

Royal Enfield Classic 500 Pegasus Tahun 2018 Edisi Terhad Diperkenalkan

  • Royal Enfield baru sahaja memperkenalkan Royal Enfield Classic 500 Pegasus 2018 edisi terhad.
  • Diasaskan dari motosikal Classic 500, edisi Pegasus ini telah diilhamkan dari oleh model Flying Flea tahun 1930-an jenama tersebut dan juga Rejimen Payung Terjun Tentera British.
  • Hanya 1,000 buah unit akan dihasilkan dan harganya di sekitar £5,000 (RM26,656).
Royal Enfield baru sahaja melancarkan model edisi terhad terkini mereka yang datang dalam bentuk sebuah motosikal Royal Enfield Classic 500 Pegasus tahun 2018. Versi Classic 500 yang teramat terhad dan istimewa ini telah diinspirasikan oleh motosikal 125cc Royal Enfield Flying Flea yang telah dihasilkan dan berkhidmat sewaktu Perang Dunia ke-2. Flying Flea merupakan jentera 125cc yang amat ringan, yang telah dibina pada tahun 1930-an dan berkhidmat sehingga tahun 1960-an. Terjun dari kapal terbang bersama dengan anggota tentera, motosikal Flying Flea tersebut telah banyak membantu para tentera untuk bergerak pada kelajuan melebihi 60km/j, yang menjadikannya berkesan di seluruh dunia dalam berkhidmat untuk anggota tenteranya. Bagi memastikan yang segala perincian bagi motosikal Royal Enfield Classic 500 Pegasus tahun 2018 ini mirip sumber inspirasinya, pengeluar tersebut telah berkerjasama dengan Rejimen Payung Terjun Tentera British dan Kementerian Pertahanan. Hasilnya? Sebuah motosikal yang penuh dengan sejarah dan warisan hebat yang hanya dapat dijayakan oleh Royal Enfield. Ciri-ciri lain termasuklah lambang Pegasus dalam warna merah hati dan biru, jata rasmi Rejimen Payung Terjun, nombor siri unik diukir pada tangki bahanapi, skema warna 'wartime brown' dan 'olive green', cengkaman palang pemegang berwarna perang yang sama seperti zaman Perang Dunia ke-2, penapis udara, dan peredam, roda, dan pedal yang dilegapkan, serta bermacam-macam lagi. Berapa unikkah motosikal Royal Enfield Classic 500 Pegasus tahun 2018 edisi terhad ini? Royal Enfield hanya akan menghasilkan 1,000 buah unit bagi seluruh dunia. Bagi harganya pula, di pasaran UK ianya telah disahkan pada sekitar £5,000 (RM26,656). Ia akan mula dikilangkan pada bulan Julai akan datang. https://youtu.be/tJnv1gqVpbs [gallery columns="4" ids="47196,47197,47198,47199,47200,47202,47203,47204,47205,47206,47207,47208"] Sumber imej: MCN https://motomalaya.net/blog/2018/04/22/royal-enfield-lancarkan-kedai-utama-di-shah-alam/

Read the original post at http://motomalaya.net

No comments:

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/