Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Friday, May 25, 2018

Pertandingan Motosikal Buatan Khas "Bakat Besi" Kembali Lagi!

  • Pertandingan motosikal buatan khas paling menaik menarik di Malaysia yang bergelar Bakat Besi telah kembali dan sedia untuk mempamerkan hasil mereka.
  • Pembina dan pengkhusus motosikal yang berbakat dari seluruh negara telah membina motosikal buatan khas mereka sejak beberapa bulan yang lalu.
  • motosikal-motosikal Modenas Pulsar RS200, NS200, dan V15 yang dikhususkan telah sedia untuk diperagakan.
Sekitar waktu ini pada tahun lalu, pengeluar motosikal nasional, Modenas, telah melancarkan pertandingan motosikal yang amat menarik sekali, bergelar "Bakat Besi". Keunikan pertandingan ini adalah ianya bertumpukan kepada rekaan dan kejuruteraan motosikal dan terbuka untuk sesiapa sahaja yang berminat untuk menyertainya. Ia tidak mengambil masa yang lama sebelum tampilnya sekumpulan individu berbakat ingin mempamerkan kemahiran mereka dalam pertandingan ini. Untuk segmen pembinaan motosikal buatan khas yang bergelar "Reka Bina" (saksikan video pilihan pasukan di bawah), 12 orang pembina dan pengkhusus motosikal telah dipilih bagi mempamerkan tahap kreativiti mereka dengan model-model terkini Modenas, iaitu Modenas Pulsar RS200, NS200, dan V15. https://youtu.be/oAxNmhqg_TI Peserta akhir (pembina) adalah:
  • Cilik Motorsport
  • Panji Motor
  • MTP Performance
  • 16 Performance
  • UTM Racing
  • JND Garage
Untuk pengkhusus pula, adalah seperti berikut:
  • E One Bikers
  • Eastern Bobber
  • FNR Melati Trading
  • MFJ Motorsports
  • HungryGhost Custom Inc
  • Wak Jep
Setelah berbulan bekerja keras untuk menyiapkannya, motosikal-motosikal buatan khas ini telah pun bersedia dan Bakat Besi sekali lagi akan bermula dengan beberapa buah video 'teaser' sebelum palancaran rasmi motosikal-motosikal berkenaan. Anda boleh saksikan keempat-empat buah video berkenaan di hujung artikel ini. Enam pasukan yang terdiri seorang pembina dan seorang pengkhusus telah diberikan sebuah motosikal untuk disiapkan, dan tidak lama lagi, satu siri video sembilan episod akan menunjukkan keseluruhan proses mereka sebelum undian dimulakan. Pemilihan pemenang yang akan membawa pulang hadiah utama sejumlah RM10,000 dan kontrak pengilangan dua tahun, akan dilakukan berdasarkan pilihan yang akan dibuat oleh panel professional di dalam industri dan juga oleh orang ramai. Luangkan sedikit masa bagi menonton video-video di bawah untuk mengenali para pembina dan pengkhusus yang bertanding. https://youtu.be/qKlNtU1EKwA https://youtu.be/5TyJJNrg4Bc https://youtu.be/1ZMZwHht5x4 https://youtu.be/bHWa3SO0Ct8 https://motomalaya.net/blog/2017/11/23/bakat-besi-memperkenalkan-perekabentuk-dan-pengubahsuai-untuk-pertandingan-pembinaan-motosikal-terulung-di-malaysia/  

Read the original post at http://motomalaya.net

No comments:

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/