Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Saturday, May 19, 2018

Perodua Akan Membayar Balik Semula Sepenuhnya GST Dari Sekarang Hingga 1 Jun

Perodua akan membayar balik semula sepenuhnya Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kepada pelanggan yang membeli kenderaan Perodua baru, menyelenggara kenderaan Perodua mereka atau membeli barangan dari 18 hingga 31 Mei 2018, sebelum implementasi kadar GST 0% pada 1 Jun 2018. "Perodua akan membayar balik semula kepada pelanggan yang kami hargai jumlah GST dalam bentuk tunai sewaktu pendaftaran kenderaan atau penyelenggaraan kenderaan mereka, begitu juga sewaktu pembelian barangan; inisiatif rebat GST ini melambangkan komitmen kami dalam mengutamakan pelanggan. Sila kunjungi mana-mana daripada 179 wakil pengedar rasmi kami di seluruh negara untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Bagi pihak Perodua, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan kami atas sokongan berterusan sejak sekian lama," ujar YBhg. Dato' Dr. Zahari Husin, Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn. Bhd. Dato' Dr. Zahari juga turut mengatakan bahawa rebat GST ini adalah inisiatif Perodua sendiri dan dia berharap yang para pengguna akan mengambil kesempatan ini di kedua-ua wakil pengedar dan perkhidmatan rasmi mereka. " Bagi pelanggan kami yang telah melakukan transaksi di mana-mana pusat perkhidmatan kami pada hari ini (18 Mei 2018), kami akan membayar semula anda dalam bentuk e-baucar, yang sah bermula 1 Jun 2018. Bermula dari 19 Mei 2018, para pelanggan kami akan menerima rebat tunai 6% serta merta bagi kenderaan yang diselenggara," tambah Dato' Dr. Zahari. Jumlah rebat GST adalah berdasarkan harga jualan kenderaan, tidak termasuk aksesori GearUp, insurans dan sebarang perbelanjaan jualan yang lain. Sila lihat jadual di bawah untuk senarai rebat GST.
Harga Kenderaan Baru (Semenanjung Malaysia)
Model Warna Rebat GST (RM)
Axia 1.0 Std E MT Solid/Metallic 1,345
Axia 1.0 Std G MT Solid/Metallic 1,897
Axia 1.0 Std G AT Solid/Metallic 2,007
Axia 1.0 SE MT Solid/Metallic 2,062
Axia 1.0 SE AT Solid/Metallic 2,172
Axia 1.0 Advance AT Solid/Metallic 2,337
Bezza 1.0 Std G MT Solid/Metallic 2,028
Bezza 1.0 Std G AT Solid/Metallic 2,138
Bezza 1.0 GXtra MT Solid/Metallic 1,997
Bezza 1.0 GXtra AT Solid/Metallic 2,111
Bezza 1.3 Premium X MT Solid/Metallic 2,328
Bezza 1.3 Premium X AT Solid/Metallic 2,439
Bezza 1.3 Advance AT Solid/Metallic 2,769
Myvi 1.3 Std G MT Solid/Metallic 2,493
Myvi 1.3 Std G AT Solid/Metallic 2,606
Myvi 1.3 Premium X AT Solid/Metallic 2,719
Myvi 1.5 High AT Solid/Metallic 2,916
Myvi 1.5 Advance AT Solid/Metallic 3,114
Alza 1.5 S MT Solid 2,851
Metallic 2,878
Alza 1.5 S AT Solid 3,016
Metallic 3,043
Alza 1.5 SE MT Solid 3,071
Metallic 3,098
Alza 1.5 SE AT Solid 3,236
Metallic 3,263
Alza 1.5 Advanced AT Solid 3,544
Metallic 3,572


Read the original post at http://motomalaya.net

No comments:

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/