Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Friday, May 18, 2018

Paten Suzuki GSX-R300 Tersebar

[caption id="attachment_46952" align="aligncenter" width="827"] Paten Suzuki GSX-R300[/caption]
  • Suzuki telah memfailkan sebuah paten motosikal lumba 300cc, diandai akan dinamakan sebagai GSX-R300.
  • Segmen bawah 500cc merupakan segmen yang paling sengit dipersaingkan dalam pasaran.
  • Suzuki merasakan yang pasaran motosikal kini sedang menuju ke arah motosikal berkapasiti lebih kecil dan lebih murah.
Suzuki akan membuat kemunculan semula dalam segmen di bawah 500cc. Motosikal-motosikal berkapasiti 200cc, 250cc, 300cc, dan 400cc ini menarik minat sebahagian besar penggemar atas sebab-sebab berikut:-
  • Ia merupakan tahap yang seterusnya selepas memiliki motosikal kapchai atau pun skuter.
  • Lebih mampu dimiliki bagi sebahagian besar populasi.
  • Lebih mudah untu dipelajari dan ditunggangi.
  • Ringan dan ringkas - sesuai sebagai motosikal ulang alik harian, lebih-lebih lagi bagi mereka yang telah memiliki motosikal berkapasiti lebih besar.
[caption id="attachment_46953" align="aligncenter" width="1200"] Suzuki GSX-250R[/caption] Segmen ini telah menjadi medan persaingan bagi hampir ke semua pengeluar buat sekian lamanya. Anda boleh dapati hampir ke semua jenama di sini, di mana BMW juga turut menyertai segmen ini dengan model G 310 R dan G 310 GS. Selain itu, Triumph juga turut memeterai perjanjian bersama Bajaj bagi membangunkan motosikal 400cc pada masa yang akan datang. https://motomalaya.net/blog/2017/08/09/kerjasama-triumph-bajaj/ Kini, Suzuki memutuskan untuk turut serta dan persaingan ini setelah sekian lama menyepi. Lukisan paten Suzuki bagi motosikal lumba 300cc telah tersebar di atas talian baru-baru ini dan khabar angin mengatakan ia akan diperkenalkan sewaktu pertunjukan EICMA pada lewat tahun ini. Mereka telah pun mempunyai model GSX-250R yang berada dalam pasaran, namun, ianya jauh ketinggalan berbanding pesaingnya, di mana mereka secara terus-menerus mengeluarkan motosikal berprestasi tinggi ringan seperti KTM RC 390/390 Duke, Kawasaki Ninja 250 / 300, dan kini, 400, Yamaha YZF-R25 / R3, Honda CBR250RR, dan bermacam-macam lagi. [caption id="attachment_46952" align="aligncenter" width="827"] Paten Suzuki GSX-R300[/caption] Berdasarkan paten tersebut, enjinnya kelihatan seperti sebuah enjin berkembar selari. Sekiranya Suzuki kekal dengan dimensi kejuruteraan enjin GSX-R150 mereka, gereknya akan bersaiz 62mm dan lejang 48.1mm. Jumlah itu setara dengan para pesaingnya dan diandai dapat menghasilkan sehingga 40hp. Juga berdasarkan lakaran tersebut, motosikal 300 kelihatan seperti mempunyai tema rekaan dan garis yang sama seperti saudaranya yang lebih besar, GSX-R1000R. Roda hadapannya dilengkapi dengan satu cakera dan angkup brek pautan jejari; lengan ayunnya tampak seperti buatan aluminium, bertepatan dengan jenis rekaannya. Menyatukan ke semua bahagian ini adalah sebuah kerangka tiub keluli. Persoalan yang paling penting bagi kita penggemar di Malaysia adalah jika ianya akan tiba di tanah air kita. Dan sekiranya jawapannya ialah 'ya', adakah ianya adalah versi 300cc atau varian 250cc yang sering kali kita perolehi di negara kita ini? Hanya masa yang akan menentukannya.  

Read the original post at http://motomalaya.net

No comments:

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/