Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Wednesday, May 23, 2018

Nak Duit Raya Dari Boon Siew Honda?

  • Boon Siew Honda (BSH) dengan bangganya telah mengumumkan yang mereka akan memberikan hadiah Duit Raya istimewa yang bernilai RM400.
  • Apabila anda membeli salah satu daripada lapan buah model terpilih, antaranya ialah Honda EX5 Dream Fi dan Honda MSX, anda layak untuk menerima tawaran ini.
  • Bagi mereka yang mendaftar motosikal baharu mereka di JPJ dari 22 hingga 31 Mei 2018 berhak mendapat Duit Raya bernilai RM400 ini.
Ingin membeli sebuah motosikal baharu untuk Hari Raya Aidilfitri? Pada masa yang sama anda juga mahukan Duit Raya? Boon Siew Honda (BSH) telah mengumumkan yang mereka akan memberikan hadiah Duit Raya istimewa bernilai RM400 bagi mereka yang membeli model terpilih dari Honda! Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan motosikal Honda yang baharu, anda layak mendapatkan Duit Raya sebanyak RM400 apabila anda membeli mana-mana satu model yang disenaraikan di bawah:
  1. EX5 Dream Fi
  2. Wave Alpha
  3. Wave Dash Fi
  4. Wave 125i
  5. RS150R
  6. BeAT
  7. PCX
  8. MSX
Bagi membolehkan diri anda menerima hadiah Duit Raya yang istimewa dari BSH ini, motosikal yang anda baharu beli hendaklah didaftarkan dengan JPJ dalam tempoh antara 22 Mei 2018 hingga 31 Mei 2018. Jadi, tunggu apa lagi? Kunjungilah mana-mana wakil pengedar rasmi Boon Siew Honda yang terdekat untuk mengetahui dengan lebih lanjut! Selain itu, anda juga boleh melayari laman sesawang rasmi mereka di www.boonsiewhonda.com.my. https://motomalaya.net/blog/2018/05/14/boon-siew-honda-kemaskini-motosikal-legenda-honda-ex5/

Read the original post at http://motomalaya.net

No comments:

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/