Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Saturday, May 26, 2018

MV Agusta Brutale 800 RR LH44 2018 Diperkenalkan

  • MV Agusta telah memperkenalkan MV Agusta Brutale 800 RR LH44 edisi terhad terkini mereka.
  • Ini merupakan motosikal edisi terhad ketiga mereka yang mana mereka telah berkerjasama dengan juara Formula One, Lewis Hamilton.
  • Motosikal Brutale 800 RR LH44 2018 dilengkapi dengan pengemaskinian gaya yang baharu menggunakan karbon fiber, billet aluminium, dan skema warna baru.
Tidak ada banyak pengeluar yang mampu menghasilkan model edisi khas berkali-kali dan masih menarik minat ramai, masih relevan, dan masih mempesonakan. MV Agusta adalah salah sebuah jenama yang ada yang terkenal dengan motosikal edisi khas mereka, dan model terkini mereka mengukuhkan lagi fakta tersebut. Motosikal edisi terhad terkini mereka, MV Agusta Brutale 800 RR LH44 2018 adalah motosikal edisi khas ketiga mereka (model sebelum ini adalah F4 LH44) yang telah mereka hasilkan dengan kerjasama pemandu handalan Formula One, Lewis Hamilton. Dengan bantuan MV Agusta Castiglioni Research Center (CRC), model 2018 ini datang dengan beberapa pengemaskinian gaya yang baharu. Pengemaskinian ini termasuklah kelengkapan karbon fiber istimewa, okzos sistem penuh bersadur seramik, bahagian billet aluminium istimewa untuk tuilnya, pelindung klac, dan penutup takungan beserta skema warna ikonik merah dan hitam mereka. Hanya 144 buah unit model edisi khas ini akan dikeluarkan untuk seluruh dunia. MV Agusta Brutale 800 RR edisi LH44 2018 ini masih menggunakan enjin tiga silinder selari, patuh Euro-4, 798cc yang menghasilkan 140hp dan 86Nm tork maksimum. Bersama dengan pakej elektronik yang dipertingkatkan, Brutale 800 RR baharu ini menawarkan agihan kuasa yang lebih seimbang tanpa mengorbankan sebarang tarikan 'hooligan'-nya. Tiada lagi sebarang berita mengenai kesediaan dan harganya buat waktu ini. Buat masa ini, nikmatilah galeri gambar di bawah! [gallery columns="4" ids="47321,47322,47323,47324,47325,47326,47327,47328,47329,47330,47331,47332,47333,47334,47335,47336"] https://youtu.be/FFCY9boubXo https://motomalaya.net/blog/2018/04/27/mv-agusta-turismo-veloce-800-2018-bakal-tiba-dalam-masa-terdekat/  

Read the original post at http://motomalaya.net

No comments:

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/