Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Saturday, May 19, 2018

Motosikal BMW Dijangka Akan Menjadi Lebih Murah

  • Ke semua pengeluar sedang bersedia untuk menetapkan GST kepada 0% bermula 1 Jun 2018.
  • Di sini kami senaraikan ramalan harga baru untuk motosikal BMW di Malaysia.
  • Adakah ini waktu terbaik untuk memiliki sebuah motosikal BMW yang baru?
BMW Motorrad Malaysia telah mengkaji semula harga-harga motosikal BMW, seiring dengan arahan kerajaan untuk menetapkan kadar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada 0% bermula 1 Jun 2018, sebelum menggunapakai semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST). Walaupun kita masih belum menerima sebarang khabar rasmi dari BMW Motorrad Malaysia, pengurangan harga motosikal adalah sesuatu yang pasti akan dilakukan oleh ke semua pengeluar. Sila rujuk jadual di bawah. Diingatkan bahawa harga-harga yang tertera di bawah ini adalah spekulasi buat masa ini sebelum penggunaan semula SST. BMW Motorrad sebelum ini telah menyenaraikan harga motosikal mereka dengan 'harga atas jalan tidak termasuk insurans dengan 6% GST," dan, dengan itu, kami mendapat jumlah di bawah dengan menolak 6% dari harga semasa. Tidak termasuk model S 1000 RR HP4 Race, kita dapat melihat pengurangan di antara RM1,614.00 (G 310 R) hingga RM10,194.00 (K 1600 GTL) di seluruh rangkaian motosikal. Namun, apa yang lebih menarik lagi adalah rangkaian R 1200 GS yang menyaksikan pengurangan harga antara RM6,174 (R 1200 GS) hingga RM7,194.00 (R 1200 GS Adventure TFT). Adakah ini masa yang terbaik untuk memiliki sebuah motosikal BMW yang baru? Sudah semestinya. Satu lagi perkara yang menarik: Dalam satu temu ramah yang di adakan semalam, Tun Daim bin Zainuddin telah mengatakan bahawa kerajaan mensasarkan kutipan hasil tahunan sebanyak RM 30 billion melalui SST, berbanding RM 42 Billion yang dikutip pada 2017 melalui 6% GST. Adakah ini bermakna yang SST tidak akan ditetapkan pada 10% seperti yang dijangkakan? Kami harap sangat yang jawapannya adalah ya.  

Read the original post at http://motomalaya.net

No comments:

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/