Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Saturday, May 19, 2018

MotoGP: Andrea Dovizioso Kekal Bersama Ducati Sehingga 2020!

  • Andrea Dovizioso telah mengesahkan tempatnya dalam pasukan Ducati MotoGP bagi musim 2019 dan 2020.
  • Perjanjian di antara ke dua belah pihak telah dimeterai semalam sebelum bermulanya hujung minggu HJC Helmets Grand Prix de France.
  • Masa depan Jorge Lorenzo masih lagi samar buat masa ini.
Setelah beberapa orang penunggang mengesahkan tempat mereka bagi musim MotoGP 2019 dan 2020 seperti Johann Zarco bersama KTM dan Aleix Espargaro dengan Aprilia, pembaharuan kontrak yang dinanti-nantikan antara Andrea Dovizioso dan Ducati akhirnya telah disahkan. 'DesmoDovi' akan terus bersaing di atas jentera Ducati Desmosedici sehingga akhir musim 2020 setelah menandatangi perjanjian dua tahun dengan pasukan pengilang dari Borgo Panigale itu. Ini bermakna yang Andrea Dovizioso akan bersama pasukan pengilang dari Itali tersebut selama lapan tahun berturut-turut pada penghujung kontrak yang baru dimeterainya itu. Pembaharuan kontrak ini telah dijangkakan, memandangkan Dovizioso adalah pemacu utama pasukan Ducati, lebih-lebih lagi pada kejohanan tahun. Pertarungan dengan penunggang pasukan Honda, Marc Marquez, ditandingi sehingga ke perlumbaan terakhir musim lalu tetapi malangnya tewas setelah kehilangan kawalan jenteranya. Musim ini bermula agak sukar, namun, Dovi buat masa ini sedang menduduki tempat ke-lima dalam kejohanan, dan musim masih lagi terlalu awal untuk menentukan keputusan akhirnya dan sekiranya ianya serupa seperti apa yang kita saksikan pada pusingan lalu, apa-apa sahaja boleh berlaku. Persoalannya kini adalah, siapa bakal menjadi teman sepasukannya? Ada sumber yang telah mengandaikan bahawa Jorge Lorenzo mungkin akan berpindah ke Suzuki namun berdasarkan prestasi Andrea Iannone yang telah menghadiahkan tempat di atas podium dalam dua perlumbaan berturut-turut, kali pertama buat Suzuki sejak kemunculan semula mereka kelas premier, kami tidak pasti sama ada perpindahan itu akan berlaku. Jadi, adakah dia akan terus bersama Ducati? Teruskan bersama kami untuk perkembangannya. Sumber imej: MotoGP https://motomalaya.net/blog/2018/05/18/mv-agusta-kembali-ke-motogp/

Read the original post at http://motomalaya.net

No comments:

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/