Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Sunday, May 20, 2018

MotoGP: Adakah Zarco Akan Berjaya Memenangi Perlumbaan Pertamanya Malam Ini?

  • Johann Zarco (Monster Yamaha Tech 3) telah menghadiahkan kepada penyokong tuan rumah dengan Petak Pertama untuk perlumbaan malam ini.
  • Marc Marquez (Repsol Honda) tidak jauh ketinggalan dan akan bermula dari tempat ke-dua.
  • Danilo Petrucci (Alma Pramac Racing) melengkapkan barisan hadapan bagi perlumbaan HJC Helmets Grand Prix de France yang akan berlangsung pada malam ini.
Selepas satu sesi kelayakan yang amat pantas semalam di HJC Helmets Grand Prix de France, ada satu kemungkinan besar yang Johann Zarco (Monster Yamaha Tech 3) akan merangkul kemenangan MotoGP-nya yang pertama. Di hadapan penyokong tuan rumah, penunggang dari Perancis itu akan memulakan perlumbaan malam ini dari Petak Pertama. Ianya merupakan persaingan sengit antara Zarco dan juara dunia MotoGP, Marc Marquez (Repsol Honda). Mereka berdua saling menandingi catatan masa masing-masing semalam dalam Q2, tetapi, Zarco muncul unggul di hadapan penyokong senegaranya di mana dia telah merangkul podium MotoGP pertamanya pada musim lalu, menamatkan perlumbaan tersebut di tempat ke-dua. Menyertai Zarco dan Marquez di barisan pertama adalah penunggang Ducati terpantas setakat hujung minggu ini, Danilo Petrucci (Alma Pramac Racing). Di barisan kedua, Andrea Iannone (Team Suzuki Ecstar) mendahului, dan memperagakan helmet HJC RPHA 11 Deadpool yang baru. Dia diikuti oleh pasangan penunggang pasukan pengilang Ducati, Andrea Dovizioso dan Jorge Lorenzo di P5 dan P6. Jack Miller (Alma Pramac Racing) akan bermula dari tempat ke-tujuh, di hadapan pasangan penunggang pasukan pengilang Movistar Yamaha, Maverick ViƱales dan Valentino Rossi. Melengkapkan 10 teratas adalah Dani Pedrosa (Repsol Honda). Penunggang negara kita, Hafizh Syahrin (Monster Yamaha Tech 3) sekali lagi membuktikan kebolehannya dengan menjadi penunggang rookie MotoGP terpantas dengan melayakkan diri di tempat ke-14 untuk perlumbaan malam ini. Perlumbaan Moto3 akan bermula pada jam 5 petang (waktu tempatan), diikuti dengan Moto2 pada jam 6.20 petang dan MotoGP pada jam 8.00 malam. Dapatkah Zarco menjulang kemenangan di hadapan penyokong tuan rumahnya atau adakah Marquez bakal mengecewakan penunggang dari Perancis itu sekali lagi dengan memenangi satu lagi perlumbaan pada musim ini? Nasihat kami? Jangan ketinggalan untuk menyaksikan perlumbaan ini! Sumber imej: MotoGP https://motomalaya.net/blog/2018/05/18/mv-agusta-kembali-ke-motogp/

Read the original post at http://motomalaya.net

No comments:

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/