Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Friday, May 25, 2018

MMM Umumkan Harga 0% GST Bagi Promosi Hari Raya 2018

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), pengedar dan pengimport rasmi Mitsubishi di Malaysia, telah mengumumkan pengurangan harga yang lebih hebat, di samping promosi Raya yang sedia ada bagi rangkaian model Mitsubishi Motors yang akan mula berkuatkuasa dari 1 Jun 2018. Harga yang baharu ini berikutan pengumuman yang telah dibuat baru-baru ini mengenai kadar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang ditetapkan pada kadar sifar oleh Kerajaan Malaysia yang baru dipilih. Sila rujuk jadual di bawah bagi harga-harga baharu ke semua model Mitsubishi setelah GST-nya ditetapkan pada kadar 0% bermula dari 1 Jun 2018.
Model Varian Harga Semasa (RM)(Dengan GST 6%) Hingga 31 Mei 2018 Harga GST Kadar Sifar  (RM)  Dari 1 Jun 2018 Bonus Raya (RM) Harga Akhir (RM)    Dari 1 Jun 2018 Waranti
      Triton           Triton Athlete 126,990 119,866 4,000 115,866 Semua varian Triton kecuali Triton Quest: Waranti lima tahun atau 200,000km Triton Quest: Waranti lima tahu atau 100,000km
Triton VGT Adventure X 126,990 119,866 4,000 115,866
Triton VGT AT Premium 116,300 109,782 12,000 97,782
Triton VGT AT GL 103,800 97,989 4,000 93,989
Triton VGT MT 107,600 101,574 4,000 97,574
Triton MT 93,920 88,670 8,000 80,670
Triton Quest 77,390 73,076 8,000 65,076
Outlander 2.4L 154,988 146,276 4,000 142,276 Waranti lima tahun/perbatuan tanpa had.
2.0L 139,988 132,109 4,000 128,109
ASX 2WD 119,100 112,400 8,000 104,400
4WD 134,300 126,739 8,000 118,739
Harga OTR (On The Road), tidak termasuk harga insurans akan kekal, bermula dari 1 Jun 2018, sehingga ianya digantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), yang akan diumumkan pada masa yang akan datang.
  • Harga yang disenaraikan adalah harga OTR, tidak termasuk insurans untuk pendaftaran persendirian di Semenanjung Malaysia (tidak termasuk zon bebas cukai).
  • Promosi Raya ini sah sehingga 30 Jun 2018.
  • Mengikut Terma dan Syarat.
 

Read the original post at http://motomalaya.net

No comments:

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/