Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Saturday, May 26, 2018

Majlis Berbuka Puasa Ducati Streetfighter Malaysia Owners Community 2018

  • Ducati Streetfighter Malaysia Owners Community, atau juga dikenali sebagai 'Streetfighterholic' telah menganjurkan satu majlis berbuka puasa yang ringkas dan meriah semalam.
  • Diadakan di The Gasket Alley PJ di hadapan TIGA Supply Company, lebih kurang 40 orang pemilik Ducati Streetfighter berhimpun bagi menikmati majlis berbuka puasa yang santai.
  • Mereka berjaya mengumpul sejumlah derma tunai untuk dihulurkan kepada yang kurang bernasib baik sewaktu acara berbuka puasa DOCM di Genting pada malam ini.
Lebih kurang 40 orang ahli kumpulan Ducati Streetfighter Malaysia Owners Community, atau lebih dikenali dengan nama "Streetfighterholics', telah berkumpul di The Gasket Alley, Petaling Jaya, semalam, bagi satu sesi berbuka puasa yang santai bersama teman dan keluarga. TIGA Supply Company (yang mana pemiliknya juga merupakan seorang pemilik Ducati Streetfighter), telah menjadi tuan rumah acara berbuka puasa ini. Makanan yang disediakan oleh Makhan by Kitchen Mafia begitu menyelerakan sekali, yang mana kedua-duanya terletak dalam premis The Gasket Alley PJ. Acara lepak yang santai ini telah merapatkan lagi silaturrahim antara teman dan keluarga dalam kumpulan Ducati Streetfighter Malaysia Owners Community pada bulan Ramadan yang mulia ini. Pada bulan Ramadan yang mulia ini, di mana kita digalakkan untuk menggandakan amal jariah, kumpulan ini juga telah berjaya mengumpulkan sejumlah derma tunai yang akan dihulurkan kepada mereka yang kurang bernasib baik sewaktu Majlis Berbuka Puasa Desmo Owners Club Malaysia (DOCM) yang akan diadakan di Genting Highlands pada malam ini. Kami di MotoMalaya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Streetfighterholics Malaysia atas jemputan ke acara ini dan moga segala ibadah dan amal jariah mereka penuh dengan keberkatan pada bulan yang mulia ini. [gallery columns="4" ids="47349,47350,47351,47352,47353,47354,47355,47356,47357,47358,47359,47360,47361,47362,47363,47364,47365,47366,47367,47368,47369,47370,47371,47372,47373,47374,47375,47376,47377,47378,47379,47380,47381,47382,47383,47384,47385,47386,47387,47388,47389,47390"] https://motomalaya.net/blog/2018/05/08/desmo-owners-club-malaysia-docm-track-day-pusingan-1/

Read the original post at http://motomalaya.net

No comments:

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/