Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Wednesday, May 23, 2018

KTM 790 Duke 2018 Telah Tiba Di Malaysia?

  • KTM Malaysia telah memuatnaik sesuatu yang amat menarik sekali di laman Facebook mereka yang berkaitan dengan KTM 790 Duke 2018.
  • Motosikal KTM 790 Duke, atau juga dikenali dengan nama gelaran "The Scalpel", dijangka akan tiba di tanah air kita dalam enam bulan yang pertama bagi tahun 2018.
  • Kita boleh andaikan yang ianya akan ditetapkan pada harga yang berpatutan, di antara RM60,000 hingga RM70,000.
Baru sahaja beberapa bulan yang lalu kita telah mendengar khabar angin yang mengatakan motosikal KTM 790 Duke 2018 baharu, juga dikenali sebagai "The Scalpel", akan dibawa masuk ke pasaran Malaysia dalam masa yang terdekat. Nampaknya, ianya benar-benar belaka apabila KTM Malaysia telah memuatnaik gambar yang dapat anda lihat di bawah pada laman Facebook mereka. Ianya sudah pasti satu berita yang mengujakan bagi kancah permotosikalan negara. Dengan ramainya penggemar segmen jentera naked kelas pertengahan berprestasi tinggi, motosikal KTM 790 Duke ini cocok sekali dalam segmen itu, membawakan sesuatu yang segar. Malah, ada sesetengah wakil pengedar di seluruh negara mulai menerima tempahan motosikal tersebut, yang mana ianya satu petanda baik yang model 790 Duke ini akan tiba di Malaysia dalam masa yang terdekat. Dengan pesaing hebat dari pengeluar terkemuka Eropah dan Jepun yang ada di segmen ini, KTM Malaysia perlu bijak membuat percaturan harganya bagi membolehkan motosikal 790 Duke disambut hangat di Malaysia. Pada waktu ini, mereka memperoleh satu kelebihan kecil dengan kadar 0% GST yang mula berkuatkuasa dari 1 Jun 2018, sehingga notis yang seterusnya. Pengumuman itu mungkin akan membantu menurunkan harganya sedikit. Kami telah mengkaji pasaran segmen motosikal ini, termasuklah beberapa buah model KTM sendiri dan kami rasakan ia pasti mendapat sambutan sekiranya ianya berada di antara RM60,000 hingga RM70,000. Ada mungkin kata yang bagi sebuah motosikal naked kelas pertengahan 800cc, harga RM60,000 ke atas itu agak mahal, namun, anda perlu lihat spesifikasi yang telah dilengkapkan pada KTM 790 Duke 2018 yang baharu ini untuk memahaminya:
  • Enjin berkembar selari 799cc LC8c.
  • 105hp dan 85Nm tork maksimum.
  • Dilengkapi dengan kelengkapan elektronik KTM terkini.
  • Kawalan cengkaman yang sensitif condongan.
  • ABS menyelekoh.
  • Kawalan mulaan.
  • Auto-blipper.
  • Quickshifter dwi-arah.
  • Klac slipper.
  • Skrin TFT pelbagai warna.
Teruskan setia bersama MotoMalaya sambil kita nantikan pelancaran rasmi KTM 790 Duke 2018 ini di Malaysia. Sementara itu, nikmatilah video di bawah ini! https://motomalaya.net/blog/2017/11/22/harga-ktm-790-duke-2018-dijangkakan-sekitar-rm60000/

Read the original post at http://motomalaya.net

No comments:

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/