Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Wednesday, May 2, 2018

Kelab Pemilik Honda RS150R Anjurkan Gombaking Ride Silaturrahim Ke Perak

  • Salah sebuah kelab pemilik Honda RS150R Selangor, Gombaking, telah menganjurkan tunggangan Gombaking Ride Silaturrahim ke Perak semalam.
  • Lebih daripada 130 orang pemilik motosikal Honda RS150R dari Selangor dan Perak telah berhimpun di Ngee Fatt Motors Enterprise Sdn. Bhd.
  • Tujuan perhimpunan ini adalah untuk menjalinkan silaturrahim antara pemilik Honda RS150R dari negeri-negeri berbeza di Malaysia.
Kebanyakan daripada kita mengambil masa cuti am Hari Pekerja semalam untuk beristirehat, namun, sekumpulan pemilik Honda RS150R telah mengambil peluang ini untuk menganjurkan satu tunggangan ke Utara bagi bertemu dengan ahli kelab pemilik Honda RS150R negeri Perak. Dikenali sebagai GombaKing, tujuan mereka adalah untuk mengukuhkan ikatan persahabatan dengan kumpulan pemilik Honda negeri Perak, lengkap dengan hashtag, #CariKawan. Lebih daripada 130 orang pemilik Honda RS150R dari Selangor telah bertemu dengan saudara mereka di Ngee Fatt Motors Enterprise Sdn. Bhd. untuk perjumpaan bersejarah ini. Sebahagian daripada kelab pemilik Perak yang hadir adalah RS Gopeng Community, RS Hilir Perak Crew, RS Tapah Chapters, RS Owners Club Perak, dan juga beberapa buah kelab yang lain telah menyertai kemeriahan ini. Ikatan persahabatan mereka telah diperkukuhkan lagi dengan pelbagai aktiviti yang telah dianjurkan oleh Ngee Fatt Motors. Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan adalah cabutan bertuah, permainan, penyerahan sijil penghargaan, dan, semestinya, jamuan makan tengah hari bagi mereka yang telah turut serta dalam keraian ini. Turut hadir adalah Pengurus Besar Boon Siew Honda, Encik Yee Lip Kwong. Satu ucapan yang ringkas telah diberikan bagi menunjukkan penghargaan mereka kepada pemilik motosikal Honda RS150R di atas rasa sayang, sokongan, dan dedikasi mereka, bukan sahaja untuk jenama itu, tetapi juga untuk komuniti penunggangan amal yang senantiasa berkembang di Malaysia. Para pemilik RS150R kemudiannya telah menunggang jentera kesayangan mereka ke Kellie's Castle untuk satu sesi penggambaran sebelum bersurai, selepas menjalani satu hari yang penuh berproduktif, dan, lebih utama lagi, yang diisi dengan mengenali sahabat-sahabat yang baru. [gallery columns="5" ids="46050,46051,46048,46047,46046,46045,46044,46043,46042,46041,46040,46039,46038,46037,46036,46035,46034,46033,46032,46031,46030,46029,46028,46027,46026,46025,46024,46023,46022,46021,46020,46019,46018,46017,46016,46015,46014,46013,46012,46011,46010,46009,46008,46007,46006,46005,46004,46003,46002,46001,46000,45999,46049"]

Read the original post at http://motomalaya.net

No comments:

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/