Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Friday, May 25, 2018

JPJ Akan Mengawal Selia Harga Lesen Kereta Dan Motosikal

  • Kementerian Pengangkutan akan mula mengawasi harga yang dikenakan oleh institut pemanduan untuk lesen kereta dan motosikal.
  • Bersama dengan Jabatan Pengangkutan Jalan, harga-harga ini akan dikawal selia bagi memastikan keadilan dan kesaksamaan di seluruh negara.
  • Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berjanji akan memeriksa perkara ini dan institut yang didapati bersalah akan dibatalkan lesen operasi mereka.
Kementerian Pengangkutan akan membuat beberapa pembaharuan dalam cara warga Malaysia mendapatkan lesen kereta dan motosikal mereka pada masa yang akan datang. Dalam satu sidang akhbar telah diadakan pada awal hari ini oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, telah menyentuh beberapa isu, terutama sekali isu cas melampau yang dikenakan oleh institut pemanduan. https://youtu.be/moKQB-JdGkg Loke telah menerangkan bahawa ada pakej pembelajaran yang ditawarkan sesetengah institut pemanduan di seluruh negara telah mengenakan bayaran yang lebih pada pelajarnya bagi mendapatkan lesen. Berdasarkan undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), kos untuk mendapatkan lesen motosikal B2 ialah RM350 dan bagi lesen kereta D Manual dan D Automatik adalah pada RM1,150 dan RM1,250, namun, ada institut yang telah mengenakan bayaran sehingga RM2,200. Isu yang sama dihadapi oleh mereka yang mahu memiliki lesen B Penuh untuk motosikal melebihi 250cc di mana institut pemanduan mengenakan bayaran antara RM550 hingga RM1,200. Walaupun ada pakej yang berbeza berdasarkan apa yang ditawarkan (helmet, jaket keselamatan percuma, dan lain-lain) dan menawarkan 'pakej sampai lulus, perlu ada satu gari panduan asas yang perlu diikuti oleh semua institut berkenaan. Sebarang kos tambahan perlu dinyatakan dalam bil atau resit seperti pengangkutan pergi balik ke institut pemanduan. Loke dengan tegas mengatakan sekiranya institut-institut ini didapati mengenakan cas yang tersembunyi, lesen operasi mereka akan dibatalkan. Perkara lain yang berbangkit sewaktu sidang akhbar tersebut adalah mengenai proses pemilikan lesen memandu yang akan diautomasikan. Ini bagi memastikan yang pemohon lesen benar-benar berkebolehan mengendalikan kenderaan dengan selamat di atas jalan raya di samping membanteras 'lesen kopi'. https://motomalaya.net/blog/2018/05/25/helmet-replika-hafizh-syahrin-dibuka-untuk-tempahan-rm1500/

Read the original post at http://motomalaya.net

No comments:

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/