Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Friday, May 25, 2018

Helmet Replika Hafizh Syahrin Dibuka Untuk Tempahan RM1,500

[caption id="attachment_47292" align="aligncenter" width="1200"] Sumber imej: MotoGP[/caption]
  • Nolan Helmets Malaysia telah membuka tempahan bagi helmet replika Hafizh Syahrin.
  • Helmet replika MotoGP Hafizh Syahrin tahap permulaan Nolan/X-Lite N60-5 boleh ditempah di beberapa buah lokasi.
  • Dari sekarang sehinga penghujung bulan Jun 2018, mereka menawarkan helmet replika tersebut pada harga istimewa, RM1,500.00
[caption id="attachment_47290" align="aligncenter" width="1200"] Sumber imej: Monster Energy[/caption] Beberapa hari yang lalu, kami telah menyiarkan satu artikel istimewa mengenai helmet yang dipakai oleh penunggang MotoGP kebanggaan negara, Hafizh Syahrin. Bergelar "Stripes of Glory" (Jalur Gemilang), helmet X-Lite Syahrin telah diterapkan dengan warna bendera Malaysia sebagai lambang kebanggaan dan harapan untuk bakat sukan permotoran Malaysia di pentas antarabangsa. [caption id="attachment_47291" align="aligncenter" width="1200"] Sumber imej: Monster Energy[/caption] Di mana helmet yang digunakan oleh Hafizh Syahrin adalah sebuah helmet 'full-face' tercanggih, X-Lite X-803 Ultra Carbon, Nolan Helmets Malaysia telah menyediakan sesuatu yang istimewa sebagai penghargaan di atas pencapaian hebat Hafizh Syahrin. Mereka sedang menawarkan helmet edisi terhad eksklusif dan ianya kini dibuka untuk tempahan! Helmet replika Hafizh Syahrin Nolan/X-Lite N60-5 kini sedia untuk tempahan para peminat penunggang tersebut dengan harga yang amat istimewa, RM1,500.00 (harga asal ialah RM1,688.00). Tawaran pra tempahan ini dibuka sehingga penghujung bulan Jun 2018, jadi, bertindaklah dengan segera! [caption id="attachment_47291" align="aligncenter" width="1200"] Sumber imej: Monster Energy[/caption] Pra tempahan helmet replika ini boleh dibuat di lokasi-lokasi berikut:
  • QBEEmotor – Johor Bahru, Johor (017-7899088)
  • Hock Hing Motor – Banting, Selangor (012-3550571)
  • MotorSim – Jalan Ipoh, Kuala Lumpur (016-3308905)
  • Motor Simma – Seremban, Negeri Sembilan (016-2561443)
https://youtu.be/3o-HU1HrRLU Helmet 'full face' tahap permulaan Nolan/X-Lite N60-5 ini didatangkan dengan rekaan berinspirasikan sukan permotoran dan digandingkan dengan spesifikasi teknologi yang hebat, menjadikannya sebuah helmet 'full face' yang serba boleh dan sesuai untuk kegunaan harian. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, layarilah laman Facebook rasmi Nolan Helmets Malaysia. https://motomalaya.net/blog/2018/05/22/helmet-motogp-hafizh-syahrin-jalur-gemilang/  

Read the original post at http://motomalaya.net

No comments:

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/