Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Tuesday, May 22, 2018

Harga Rasmi Motosikal BMW Dengan GST 0%

  • BMW Motorrad Malaysia telah mengumumkan harga rasmi motosikal mereka dengan kadar GST 0%.
  • Penurunan harga ini akan menjadikan harganya jauh lebih menggiurkan dari yang sedia ada.
  • Harga-harga ini adalah harga asas beserta GST 0%, tidak termasuk insurans dan pendaftaran.
Kami telah membuat spekulasi sebelum ini yang BMW Motorrad akan mengkaji semula harga-harga motosikal baru mereka menjelang kadar GST 0% yang akan mula berkuatkuasa dari 1 Jun 2018. Kini, kami telah pun menerima harga rasmi dari BMW Motorrad Malaysia. Sila rujuk pada senarai harga di bawah. Seperti yang dijangkakan, harga-harganya akan diturunkan di seluruh rangkaian motosikalnya, namun, apa yang lebih menarik lagi dapat dilihat pada rangkaian model popular seperti rangkaian model G-, F-, dan S-. Harga-harganya akan menjadi lebih menggiurkan dari harga semasanya. Selain daripada itu, terdapat pelbagai rangkaian model yang lain yang boleh dipilih dari rangkaian luas BMW Motorrad. Salah satu daripadanya adalah rangkaian skuter maxi berkuasa tinggi, C-Series "Urban Mobility". Menjana skuter-skuter dalam rangkaian ini adalah sebuah enjin dua silinder 647cc yang menghasilkan 60bhp dan 63Nm, dengan kelajuan tertinggi mencecah 180km/j. Pada satu tahap yang berlainan kita akan menemui rangkaian "Heritage" R nineT, yang terdiri daripada lima varian yang berbeza, termasuklah motosikal yang teramat seksi, R nineT Racer dan juga motosikal serba boleh R nineT Urban GS. Di tempat teratas (tidak termasuk S 1000 RR HP4 Race) adalah rangkaian motosikal tourer mewah, K-Series, yang mana salah satu daripadanya adalah K 1600 B (Bagger) yang baru. Sebagai sebuah motosikal tourer, ia mungkin agak besar, namun, kami mendapati ianya semudah menunggang motosikal yang lebih kecil, dan ianya amat menyeronokkan. Percayalah, kerana kami telah berpeluang menunggang uji K 1600 GTL dalam trafik waktu puncak Pulau Pinang yang huru-hara. Menambahkan lagi kepada tarikan kajian semula harga ini adalah reliabiliti dan kualiti teguh motosikal keluaran Jerman ini, beserta dengan tahap perkhidmatan selepas jualan yang cemerlang, sinonim dengan jenama premium motosikal ini. Layarilah laman Facebook rasmi BMW Motorrad Malaysia untuk mendapatkan maklumat yang lanjut.  

Read the original post at http://motomalaya.net

No comments:

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/