Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Monday, May 21, 2018

Ducati Malaysia Umumkan HARGA BARU dengan 0% GST

  • Ducati Malaysia dengan secara rasminya telah mengumumkan senarai harga terkini mereka dengan 0% GST untuk ke semua model semasa.
  • Pengurangan bermula dari RM2,881 hingga RM27,672 untuk model-model yang berbeza.
  • Harga baru ini akan berkuatkuasa bermula 1 Jun 2018 sehingga notis yang seterusnya.
Next Bike Sdn. Bhd. (Ducati Malaysia) telah mengumumkan senarai harga terbaru mereka bagi ke semua model semasa mereka yang ditawarkan dengan 0% GST. Langkah ini telah diambil berikutan pengumuman Kementerian Kewangan berkenaan status Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di Malaysia. Berita ini dan harga baru yang menggiurkan itu akan berkuatkuasa bermula 1 Jun 2018, sehingga notis yang berikutnya. Bakal pemilik Ducati yang ingin memiliki jentera Ducati patut mengambil peluang ini sebelum Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) berkuatkuasa, yang mana dikatakan akan mengambil masa. Perbezaan harga bermula dari RM2,881.08 bagi model Ducati Scrambler Sixty2 hinggalah ke RM27,672.91 bagi model Ducati 1199 Superleggera. Untuk motosikal yang dinantikan ramai, rangkaian Ducati Panigale V4, harga baru dengan 0% GST belum disahkan lagi, namun, dengan harga anggaran sebelum ini adalah di antara RM133,900 hingga RM359,900 dengan GST, kami menjangkakan yang ia akan turun sebanyak RM8,304 hingga RM21,594. Selain daripada itu, kami rasakan mereka yang ingin memiliki motosikal Ducati Panigale V4 2018 yang baru mungkin sekali boleh mendapatkannya pada harga yang lebih murah, dalam paras RM125,600 hingga RM338,300. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, kunjungi mana-mana wakil pengedar sah Ducati yang berada di seluruh negara. Siapa hendak beli motosikal Raya? https://motomalaya.net/blog/2018/04/06/ekzos-termignoni-buat-ducati-panigale-v4-2018/

Read the original post at http://motomalaya.net

No comments:

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/