Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Tuesday, May 8, 2018

Desmo Owners Club Malaysia (DOCM) Track Day - Pusingan 1

  • Desmo Owners Club Malaysia (DOCM) telah menganjurkan sesi hari litar mereka yang pertama untuk tahun ini pada hari Ahad yang lalu (6 Mei 2018).
  • Lebih daripada 120 orang pemilik motosikal Ducati telah menyertai kemeriahan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).
  • Pelbagai jenis model Ducati telah beraksi di atas litar, dari Panigale hinggalah ke Streetfighter.
Hujung minggu yang lalu adalah hari yang telah dipenuhi dengan para penggemar hari litar melepaskan gian masing-masing. Kawasaki Motor Malaysia (KMSB) telah menganjurkan Kawasaki Track Day 2018 mereka pada sebelah pagi hari Ahad, manakala belah petangnya pula giliran Desmo Owners Club Malaysia (DOCM). Lebih kurang 120 orang pemilik Ducati telah berkumpul di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) untuk memeriahkan lagi hari litar. Jentera-jentera biasa yang muncul sewaktu hari litar seperti Ducati Panigale telah ditemani juga oleh model-model lain yang menarik seperti 848, Hypermotard, Streetfighter, dan pelbagai model-model lain. Walaupun sesi petangnya telah ditempah khas untuk ahli kelab DOCM, anda dapat lihat pelbagai motosikal daripada pengeluar berbeza yang turut serta dalam keriangan ini. Secara keseluruhannya, ianya merupakan satu hari yang telah dipenuhi dengan keseronokan, motosikal yang pantas, serta aksi-aksi yang cukup berani dari para peserta hari litar. Cara yang baik untuk melupakan buat seketika mengenai pilihan raya, kan? GALERI GAMBAR [gallery columns="4" ids="46467,46466,46464,46463,46461,46460,46459,46458,46457,46456,46455,46454,46453,46452,46451,46450,46449,46448,46447,46446,46445,46444,46443,46442,46441,46440,46439,46438,46437,46436,46435,46434,46433,46432,46431,46430,46429,46428,46427,46426,46425,46424,46423,46422,46421,46420,46419,46418,46417,46416,46415,46414,46413,46412,46411,46410,46409,46408,46407,46406,46405,46404,46403,46402,46401,46400,46399,46398,46397,46396,46395,46394,46393,46392,46391,46390,46389,46388,46387,46386,46385,46384,46383,46382,46381,46380,46468,46465"] https://motomalaya.net/blog/2018/04/08/perhimpunan-mega-panigale-kingdom-tahunan-kali-ke-3-2018/

Read the original post at http://motomalaya.net

No comments:

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/