Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Tuesday, May 22, 2018

Adakah Ini Motosikal Ducati Multistrada 1260 Tahun 2018 Terpantas Dunia?

  • Ducati mungkin sekali telah mencipta motosikal Pikes Peak Ducati Multistrada 1260 2018 terpantas di dunia.
  • Kedua-dua buah motosikal akan bertanding pada 'Pikes Peak International Hill Climb 2018' pada bulan hadapan.
  • Beberapa buah pengubahsuaian telah dilakukan, termasuklah roda magnesium OZ Racing, ekzos buatan khas Termignoni, suspensi khas Öhlins, dan bermacam-macam lagi.
Untuk pertandingan 'Pikes Peak International Hill Climb' tahun ini, Ducati telah menyediakan sesuatu yang lebih dari sekadar motosikal biasa dengan penunggang yang biasa. Bagi merampas kembali gelaran 'King of the Mountain', Ducati secara asasnya telah mencipta motosikal Ducati Multistrada 1260 2018 terpantas dunia khusus untuk pertandingan Pikes Peak ini. Mengemudi kedua-dua jentera istimewa ini bukanlah calang-calang penunggangnya. Bekas pemegang rekod Pikes Peak, Carlin Dunne, dan pemegang rekod kelas pertengahan Pikes Peak semasa, Codie Vahsholtz telah dipilih khusus untuk satu tugas sahaja; menunggang motosikal 1260 berkenaan ke puncak sepantas mungkin. Motosikal-motosikal Ducati Multistrada 1260 edisi Pikes Peak 2018 ini telah menjalani program diet yang ketat, di mana mereka telah menanggalkan ke semua sistem pencahayaan yang tidak penting dan sebarang pelindungan enjin yang mungkin baik untuk kegunaan jalan, tetapi merupakan berat tambahan untuk pertandingan Pikes Peak. Untuk mengurangkan lagi berat keseluruhan motosikal, roda tempa magnesium OZ Racing telah dilengkapkan, beserta dengan sistem ekzos sepenuhnya Termignoni buatan khas yang kita sudah sedia maklum menelan belanja yang besar untuk dimiliki. Mengurangkan beratnya membantu dengan pengendaliannya dan ekzosnya membantu dalam kebolehan pengudaraan enjin yang optimum untuk enjin Testastretta DVT 1,262cc-nya itu bagi mencapai keluaran kuasa maksimum. Pakej suspensi Öhlins buatan khas telah disertakan untuk tindak balas serta maklum balas suspensi maksimum dan bagi membolehkan penunggang untuk mengemudi motosikal Multistrada ini mendaki puncak Pikes Peak yang getir itu. Bagi memenangi 'Race to the Clouds', suspensi Öhlins telah diubahsuai lagi dengan Race Tech bagi mengoptimumkan atur cara suspensi, termasuklah pelarasan ketinggian tunggangan. Kemaskini yang lain termasuklah silinder utama spesifikasi WorldSBK yang dilengkapkan pada unit brek hadapan Brembo M50-nya, set belakang buatan khas Rizoma bagi kelegaan menyelekoh yang dipertingkatkan, dan kemaskini ECU untuk keluaran kuasa dan tork maksimum. Hasilnya, Tidak syak lagi sepasang motosikal Ducati Multistrada terpantas di dunia, dan juga antara yang paling mengasyikkan untuk ditatap mata. Pertandingan 'Pikes Peak International Hill Climb 2018' akan berlangsung pada 24 Jun 2018, di Colorado Springs, Amerika Syarikat. https://youtu.be/LBJtHGN-_Fg https://motomalaya.net/blog/2018/05/21/ducati-malaysia-umumkan-harga-baru-dengan-0-gst/

Read the original post at http://motomalaya.net

No comments:

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/