Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Friday, May 4, 2018

38,000 Buah Perodua Myvi Baru Diserahkan, 41.5% Bahagian Pasaran Dicapai, Kempen Perodua Pilihanku Diumumkan!

  • Perodua telah berjaya menyerahkan 38,000 buah kereta Perodua Myvi Baru kepada pelanggannya pada minggu ketiga bulan April.
  • Perodua juga berjaya mencatatkan rekod baru jualan suku pertama bagi Perodua, dengan bahagian pasaran berjumlah 41.5%.
  • Mereka juga akan melancarkan kempen 'Perodua Pilihanku, yang akan bermula dengan Hari Pelanggannya yang berlangsung dari 5 hingga 6 Mei 2018, dari 9 pagi hingga 5 petang, di ke semua Bilik Pameran dan Pusat Perkhidmatan Perodua.
Masih lagi segar dari pencapaian bahagian pasaran setinggi 41.5%, menurut Malaysian Automotive Association (MAA), Perodua telah mencapai satu tanda aras yang baru dengan 38,000 buah Myvi baru diserahkan kepada pelanggan pada minggu ketiga bulan April. "Kami berasa rendah diri dan gembira dengan jumlah yang ada di dalam tangan kami pada penghujung bulan April ini. Mengikut perkiraan kami, Myvi telah menerima 70,000 tempahan dari 8 November hinggan 30 April 2018, dan kami teramat gembira dengan sambutannya," ujar YBhg Dato' Dr Zahari Husin, Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn. Bhd. Mengikut jumlah yang dikeluarkan MAA, dari Januari hingga Mac 2018, pengeluar kereta kompak itu telah menjual sebanyak 55,568 buah kenderaan daripada 135,140 'total industry volume' (TIV), dengan pulangan bahagian pasaran melebihi 41%. Ini adalah satu peningkatan melebihi 10.5%, berbanding 50,260 unit yang telah didaftarkan pada suku pertama tahun 2017, menjadikannya rekod jualan suku pertama untuk Perodua. Jumlah 55,568 itu terdiri daripada 24,473 buah Myvi, 14,962 buah Axia, 10,101 buah Bezza, dan 6,032 buah Alza. Selain itu, 18% kereta baru yang telah didaftarkan dalam Malaysia bagi suku pertama 2018 adalah Myvi. " Kami berterima kasih kepada pelanggan yang kami hargai, serta pada semua rakyat Malaysia atas sokongan padu mereka. Kami berharap dapat memberikan perkhidmatan yang lebih baik pada masa yang akan datang dan akan terus memperbaiki diri kami bagi memenuhi kepuasan anda," ujar Dato' Dr ZAhari. Berkenaan penyerahan kenderaan, Dato' Dr Zahari berkata bahawa Perodua sedang berusaha dalam memperbaiki kecekapannya bagi memastikan yang penyerahan kenderaan dapat dilakukan dalam rangka masa yang berpatutan. Dia berkata tempoh menunggu semasa bagi varian 1.5L Myvi adalah di bawah tiga bulan; namun, bagi varian 1.3L, ianya boleh diserahkan dengan serta merta. Memulakan tempoh kempen jualan musim perayaan adalah kempen 'Perodua Pilihanku' - hadirilah Hari Pelanggan pada hujung minggu ini (5-6 Mei) di ke semua bilik pameran dan pusat perkhidmatan Perodua di seluruh negara, di mana pemeriksaan kenderaan percuma dan tebusan wang tunai sehingga RM1,800 bagi model dan varian terpilih telah tersedia untuk pengunjung. "Rebut juga peluang ini untuk melihat dengan lebih dekat ahli baru dalam rangkaian Bezza, Bezza GXtra, yang telah kami lancarkan pada minggu lalu," ujar Dato' Dr Zahari. Myvi generasi ketiga ini adalah model rekaan yang paling pintar dan canggih dalam sejarah 25 tahun Perodua, bercirikan inovasi tanah air kita seperti pembaca kad toll  (Smart Tag) terterap dan penghawa dingin dengan memori digital. Model Myvi ini juga telah memperoleh kadar keselamatan ASEAN NCAP 5 bintang, berdasarkan protokol terkini dan merupakan kereta paling mampu milik dengan fungsi keselamatan aktif dalam Malaysia, dengan adanya sistem 'Advanced Safety Assist (ASA)-nya. -Perodua

Read the original post at http://motomalaya.net

No comments:

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/