Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/

Sunday, April 29, 2018

Isle of Man TT: John McGuinness TARIK DIRI; SEKALI LAGI Retak Kaki Kanannya

  • Baru-baru ini telah diumumkan bahawa John McGuinness telah menarik diri dari perlumbaan jalan raya Isle of Man TT tahun ini.
  • Mugen telah mengumumkan bahawa penunggang dengan nama jolokan 'King of the Mountain' itu telah mengalami kecederaan retak kaki kanannya semula setelah menjalani proses pemulihan selama 14 bulan.
  • Jentera perlumbaan elektrik mereka, Mugen Shinden Nana akan dikemudi oleh Michael Rutter dan Lee Johnston.
Ianya sudah pasti bukan sesuatu yang mudah bagi seorang penunggang yang berprofil tinggi seperti John McGuinness untuk memerhatikan sahaja pelumba yang lain mengemudi jentera perlumbaan mereka. Setelah mengalami kecederaan patah kaki kanannya pada tahun lalu, 'King of the Mountain' itu telah mengambil masa selama 14 bulan sebelum dia diisytiharkan benar-benar cergas untuk berlumba kembali, TETAPI, sekali lagi, nasib tidak menyebelahinya. Dalam satu kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Mugen mengenai penglibatan mereka bagi acara perlumbaan jalan raya Isle of Man TT kategori Zero pada tahun ini, Mugen telah mengumumkan bahawa barisan dua orang penunggang terbaru mereka untuk musim 2018 ini adalah Michael Rutter dan Lee Johnston. Kedua-dua orang penunggang ini pernah memenangi perlumbaan TT dan cukup sesuai sekali mengemudi jentera perlumbaan elektrik Mugen Shinden Nana yang baru. Pelan asal Mugen untuk membariskan sepasukan tiga penunggang terpaksa dibatalkan oleh kerana nasib malang yang telah menimpa dua orang penunggang utama mereka, iaitu Bruce Anstey dan John McGuinness. Bruce Anstey terpaksa menarik diri dari ke semua acara perlumbaan jalan raya pada tahun ini bagi menumpukan perhatian terhadap proses pemulihan kanser yang telah didiagnos baru-baru ini. McGuinness pula, telah retak semula kaki kanannya, dan ini membantutkan hasrat 'Morecambe Missile' tersebut. Mengikut satu kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Mugen, "Pemenang dua perlumbaan TT Zero sebelum ini, Bruce Anstey, terpaksa menarik diri dari ke semua perlumbaan bagi musim 2018, di mana dia akan mendapatkan rawatan untuk satu keadaan kesihatan yang serius." John McGuinness, yang merupakan ahli pasukan yang setia dalam Team Mugen sejak permulaan program Shinden pada tahun 2012; memenangi perlumbaan TT Zero sebanyak dua kali untuk pasukan Mugen, dan dia bakal menyertai semula pasukan bagi tahun 2018 setelah terpaksa berehat bagi perlumbaan 2017 akibat kecederaan yang dialami sebelum acara TT tahun lalu. Bagaimana pun, selepas proses pemulihan selama 14 bulan, kecederaan yang sama telah berlaku baru-baru ini, dan ini telah memaksanya untuk menarik diri dari bertanding dengan Team Mugen pada tahun ini." Tiada lagi berita sama ada McGuinness hanya akan berehat untuk perlumbaan Zero TT. Penunggang itu telah menarik perhatian ramai pada awal tahun ini dengan satu tindakan yang agak kontroversial, berpindah ke Norton setelah berselisih faham dengan Honda. Dia dikatakan akan mengemudi jentera Norton V4 RR bagi kategori Senior TT tahun ini. Kami di MotoMalaya mendoakan agar Bruce Anstey segera sembuh, begitu juga pada John McGuinness, dan berharap mereka dapat kembali melakukan apa yang mereka gemari secepat yang mungkin; berlumba dalam perlumbaan yang paling menggerunkan di seluruh dunia. https://motomalaya.net/blog/2018/04/26/isle-of-man-tt-2018-siapakah-yang-akan-mengemudi-jentera-honda-rc213v-s/

Read the original post at http://motomalaya.net

No comments:

Attention!

We have moved to http://motomalaya.net/